Hai assalam min. Ni fake acc.. Aku tak tahu lah macam mana nak mula.. Lepas gaduh dengan ipar, aku keluar dari rumah mil. Mulakan hdup dengan menyewa. Mula2 memang agak banyak guna duit… Kadang aku stress nak handle kewangan. Memang tak sangka aku akan pindah dalam masa terdekat. Entah lah min.. Suami aku macam tak sanggup nak keluar.. Dia ssdih.. Dia dera emosi aku min. Cakap aku gemok macam rani kulop lah, kata aku busuk lah. emosi aku memng sangat2 tergangu min..
Dalam tak sedar dia menguji kekuatan emosi aku. Dia kata, baru tahu susah dan penat bila hidup sendiri. Memang lah susah.. Tapi aku tak penat pun… Hari2 aku tak sabar nak balik…. Nak masak, nak hias rumah.. Nak duduk rumah… Aku hepi min… Tapi dia sedih min… Memang tak ade duit sangat… Arini ade 20 ringgit boleh lah buat beli ayam dengan gandum pampers anak dah tak ade tapi aku cuba bersabar dan berusha… Insyaallah aku boleh..
Aku perlukan sokongan suami.. Tapi suami lagi mendera mental aku min… Dia cakap nak tinggal aku sorang2 kat rumah ni… Dia dengn anak balik rumah mak dia… Dia kata aku tak boleh hidup susah… Padahal, dia yang tak sanggup hidup susah. Allah uji aku dengan kesusahan… Tapi aku lebih tenang bila duduk sendiri macam ni. Dari tinggl dengan mertua. Dan ipar duai yang baik d depan, belakang chepoh masyam.




