Salam semua. Mohon jangan kecam ya.
Saya buntu. Saya perlu luah. Saya isteri yang sedang mengandung anak ke3
Sepanjang kawen gaduh tu biasa tapi kemuncaknya dalam tahun ni suami selalu halau saya keluar dari rumah dalam keadan saya mengandung. Kononnya ni rumah dia sorang. Lelaki mudah lupa bila senang sikit. Sedangkan saya duit simpanan rm1 pon tak dak. Semua gaji saya bantu dia.
Besar ujian kali ni. Saya cuba bincang dengan suami. Mintak dia yang keluar dari rumah. Sebab dalam keadan alahan yang terok ni saya betul2 tak sihat.
Saya tak pernah mintak yang pelik2 sepanjang mengandung. Itu pon suami cakap saya mengada2. Selalu nyusahkan dia. 1 tahap doctor kata kandungan saya problem sebab saya selalu skip makan. Saya betul2 stres.
Saya cuba bertahan dalam rumah ni.
Walau suami tak pernah kisahkan saya. Setiap hari 4 pagi baru balik rumah. Sentiasa ada urusan sendiri. Curang tak yah cakap la. Saya cuba bertahan Atas alasan. anak sulung kecik lagi, saya risaw anak terbiar, takut anak kena dera.
saya risaw saya tak mampu untuk jaga anak sendiri. Sebab saya tak dak makayah dah. Semuanya sebab anak.
Hanya tuhan saja tahu betapa kecewanya hati saya bila lihat muka suami yang bersungguh2 halau saya. Bertekad sangat.
Tapi detik ni saya sedar. Untuk apa lagi saya tunggu. Sia2 pengorbanan saya selamani. Mudah suami lupa bila dia dh senang sikit ja. Saya tetap bertahan demi anak. Pengorbanan ibu demi anak sampai sngup makan hati dengan suami bertahun2 semata tak nak anak masalah. Semoga ALLAH permudahkan urusan kita.




