Salam Admin. Harap boleh la admin siarkan cerita aku ni. Mudah2an menjadi peniup semangat kat suami2 dan isteri2 kat luar sane. Ceh ceh… Sorry la kalau panjang pulak korang nak baca. Aku ni keja gomen, badan beruniform (bukan kapten ye.. haha). Bini aku plak ada firma audit sendiri. Ada 2 orang staff (comp kecik aje). Kami ada anak 2 orang.
Bini aku ni memang sejak dari awal kawin sampai sekarang dah 7 tahun kawin memang perangai die same aje. Bangun pkul 6 pagi, buat breakfast. Lepastu aku hantar anak2 pegi sekolah, bini aku pegi office die.
Pukul 12 tengah hari die mesti balik, masak lunch. Disebabkan office aku sekangkang kera je dari rumah kami, memang setiap hari pkul 1 aku balik rumah makan sama2 bini aku. Sangat jarang bini aku tak balik masak lunch. Kalau ada pun, die dah siap2 masak pagi.
Then aku balik tgh hari, panaskan & makan. Masa awal2 kawin, aku tanya bini aku tak penat ke pkul 12 balik masak. Kan kita boleh makan kat luar aje. Bini aku cakap lebih baik masak sendiri. Bersih, sihat, halal, jimat. So aku happy je la memandangkan aku tak suke makan kat luar.
Balik petang pulak die akan sediakan minum petang yang ringkas2. Lepas tu lepas maghrib die akan sediakan dinner pulak. Macam tu lah rutin isteri aku selama ni. Aku selalu cakap kat die kalau penat tak payah la masak. Tapi die cakap die ok. Die suke masak. Untuk pengetahuan korang kami tak de maid.
Bile malam, kami tengok buku sekolah anak2, layankan anak2 buat homework dan tidurkan anak dalam pukul 10 macam tu. Lepas anak2 tido, bini aku bangun dan sambung buat kerja die kat rumah (kerja office yg dibawa balik ke rumah). Sambil2 tu kami bertukar tukar cerita dan tengok drama kat tv. Kadang2 bile bini aku tertido depan tv, aku tengok muka bini aku. Sayu betul. Rutin hariannya sama setiap hari tapi die tak pernah merungut.
Untuk para suami, aku sharekan tips jadi suami yang bermaruah dan membahagiakan keluarga (ni bukan puji diri tau. Ni buat panduan. Mane yg baik ikut lah nak
1- Solat sama2 isteri dan anak2 di awal waktu
2- Suami mesti ajar anak mengaji sendiri. Jangan hantar ke rumah orang lain. Seorang suami mesti boleh baca quran
3- Suami hantar anak-anak ke sekolah. Bukan nak suruh bini kau buat semua
4- Bile bini dah penat2 uruskan hal dalam rumah, kau tolong jaga anak2. Mandikan deorang. Siapkan kelangkapan sekolah deorang (ingat. Bini kau bukan maid)
5- Time nak kuar jalan2, kau yg siapkan anak2 bukan bini kau. Biar bini kau siapkan diri sendiri dengan tenang. Kau jangan nak bersiap awal lepas tu goyang kaki tengok hp
6- Bile dapat gaji ke, bonus ke belanje la isteri kau lebih sikit dari biasa. Belikan die kasut baru ke, perfume baru ke, baju baru ke walaupun kau dah bagi nafkah setiap bulan
7- Kau jangan sakitkan hati die. Kalau masakannya terlebih atau terkurang garam, puji aje sedap. Jangan kau hamun die (dah la kau bebal tak pandai masak)
8- Sebelum keluar rumah pastikan kau ikat sampah dan buang (yg ni memang kalau kau tak buat, kau pondan)
9- Urut la badan bini kau sebelum tido. Kesian die seharian tolong cari rezeki dan memasak untuk perut kau
10- Kalau suami tak pandai masak, maka tolong hiding makanan bile dah siap masak (jangan kau feeling raja nak makanan terhidang setiap kali nak makan)
11- Bile kau dah nampak baju kotor dah penuh sebakul, jangan kau campak lagi bagi menggunung. Kau yg sendiri pegi masukkan dalam washing machine. Bukan suruh basuh guna tangan. Lepas tu ko sidai. Ini je la tips2 yg aku nak sharekan kat suami2 sbb ini la amalan aku kat rumah untuk ringankan penat bini aku. Pada suami, kalau nak isteri melayan kau dengan baik, maka kau kena layan die dengan baik. Bukan longgokkan emas segunung. Tapi sama2 kendalikan rumahtangga. Bukan tau buat anak aje.
Eh panjang pulak ye aku menaip. Maklum la aku ni kat hosp. tunggu que panjang. Haha. Untuk para isteri pulak, cubelah sedaya upaya ikhlaskan diri dalam melayan kerenah suami dan anak2 korang. Sentiasa bertola ansur dan bersabar. Aku memang salute giler kat bini aku ni sepanjang aku kawin dengan die tak pernah sekali aku nampak kain baju dah kering menimbun atas bakul. Dah kering die terus lipat. Die memang laju buat kerja2 kat rumah. Aku sendiri tak mampu buat macam tu. Kalau bini aku baca ni kan syok. Mesti die tak sangka aku layan page ni. Kah kah..




