Salam min, tolong hide ya. Aku ni muda lagi baru 24 tahun, anak 1. Masalahnya sekarang suami aku kalau diajak bincang diam je dia sambil main henfon. Iya tak apa tak macam orang bisu, kita ni macam2 tips cuba amalkan, cakap dgn suami elok2 buat tak tahu, geddik2 depan dia dikatanya buang tebiat, menagis air mata dar@h pon depan dia diam je. Segala masalah dalam rumah tangga ni puncanga dari dia, sebab dia diam dengan keluarga dia amek kesempatan kat dia, sebab dia diam je customer tanya sekrg kerja tak de komisien, tapi bila aku salah sikit pandai pula kata aku. Boleh plak cakap kan. Bila suruh usaha majukan ekonomi keluarga, fikir nak cepat kaya je, kalau boleh nak untung 2 hari dah kaya. Gila ke apa kan, kena la usaha, doa, solat, ni solat pon tak, anak yang 1 tahun pon dah pandai sujud ikut maknya solat, dia nampak buat donno je.
Tak ade hati ke ape ha? Baru 2 tahun kahwin, aku dah ada d@rah tinggi, asyik turun peranakan, depresi smpai nak bunuh anak nak bunuh diri, dia tak nampak ke b0d0h ke ape ha? Aku dah beratus kali minta cerai tak nak pula diceraikannya, tapi hari2 setiap saat henfon je, anak pon tak dikisahkannya. Kadang balik keja minta dia bawakkn anak pusing2 naik moto kejap, mmg skjap sagt. Aku nak kerja sendiri, lesen tak ada kenderaan suami bawak. Kereta ada tapi tu pon kereta status apa pon aku tak tau. Dulu kata kongsi2 deposit dgn ayahnya, bulan2 dia yang bayar sebab dulu gaji tinggi sikit. Bila maknya nak pinjam, boleh lah pinjam, mak kan takkan nk berkira.
Sekarang ni suami dah tak mampu bayar, yang kesalnya kereta tak nak pula dia pakai pergi kerja katanya takut ayah marah kotor la rosak la, habis tu dulu aku soh pakai keta ikut kemampuan ko tak nak. Kata nk berbakti kat mak bapak sebab takpernah pakai kereta baru, sekarang ni duit suami bayar dulu riban2 tu kalau bayar kereta sendri mesti skarg aku pon boleh cari duit guna moto aku. Ni tak, dah pakai moto, bila soh bayar sebab nama aku tapi dia yang pakai, buat muka ketat, merengus. Sedih tau tak. Lepastu banding2kan isteri orang lain boleb kerja, abes tu aku kerja soh suami antakan pon dia taknak. Aku nak naik apa?!! Jalan kaki?
Anak dah lah hiperaktif makan susah susu susah aktif aku yang maknya jaga pon marah2 agak2 kalau letak kat pengasuh maunya apa2 jadi kat anak aku. Ape aku boleb buat, aku boleh sabar, aku nak laki aku pujuk aku, rendahkan ego dia, bimbing aku ke syurga, boleh bawak bincang, mengalah bila perlu, 10 kali ganda aku boleh hormat dan taat dia. Dalam masa yang sama aku kena kuat hadap sihir dalam diri aku, anak yang hiper, suami yang takde common sense, tak prihatin, depresi, migarain, d@rah tinggi. Aku rasa nak bunuh diri. Tolong aku, apa aku perlu buat? Aku takde kawan, aku introvert. Aku harap pembaca boleh bagi sokongan kat aku.




