Salam, saya seorang suami punyai 4 orang ank dan isteri surirumahtangga. Kami sudah 15tahun berkahwin. Alhamdulillah, isteri saya seorang yang rajin, segala urusan dlm rumah memang terurus. Rutinnya juga setiap hari menghantar dan mengambil ank4 dari sekolah. Saya sangat paham akan kehendak isteri diluar sana, mereka perlukan duit untuk keperluan sendiri. Alhamdulillah sebagai penghargaan pada isteri setiap bulan saya akan beri elaun Rm600 dan Rm70 seminggu duit jajan mana la tau teringin nak beli kuih muih yang dia suka. Setiap tahun juga ada bonus untuk dia, saya nak di juga merasa seronok nya bila dapat bonus macam orang2 bekerja. Walaupun dia surirumah saya tak nak dia berasa kecik hati bila tengok orang lain beli itu ini, kalau saya mampu saya akan adakan untuk dia.
Dia sebenarnya bukan jenis meminta2 bukan jenis bergaya orang nya biasa sahaja dari segi fesyen keluar pun cuma pakai giincu dan bedak. Duit elaun yang saya bagi pada dia pun dia guna sikit je dan selebihnya dia simpan. baru2 ni bonus rm3k untuk dia pun dia simpan. Apa yang saya tahu simpanan dia sudah ada puluhan ribu Alhamdulillah, wlupun tak ada kwsp tapi dia ada simpanan lain untuk masa depan. Tahun lepas saya ada beli rumah berharga rm250k, insayaaAllah saya akan hadiahkan untuknya. Saya bukan orang kaya, gaji saya bukan puluhan ribu, tapi saya akan berusaha mencari peluang, agar isteri dan anak2 saya gembira.




