Hai min, mohon siarkan luahan aku. Sekarang aku adalah pesakit depression (bip0lar dis0rder). Masa kecik aku ada kisah silam yang teruk, didera oleh mak angkat aku. Sekarang ni, aku kerap teringat kejadian 3 tahun lepas dimana aku telah terlanjur dengan orang lain walhal masa tu aku dah sah bergelar isteri orang. Aku serba salah dengan laki aku sekarang ni min, aku dah khianat cinta dia. Tapi sejujurnya bukan aku yang mulakan kecurangan ni, dia dulu. Macam ni ceritanya min, 3 tahun lepas aku tergugur anak first. Hari ke 2 aku berpantang, laki aku buat hal. Tak balik rumah 4-5 hari. Takde sape yang bagi aku kata2 semangat, aku sedih min kehilangan anak..
kandungan aku masuk 6 bulan dah. Malam hari ke-8 tu aku nyaris nak tikkam mak angkat aku sebab dia berleter tak henti2, kepala aku jadi serabut. Malam tu jugak aku keluar rumah, drive cari laki aku. Guess what? Aku kat rumah berpantang, anak aku matti. laki aku boleh berfoya2, enjoy dengan betine, dengan kengkawan bujang dia.. Hancurnya hati aku min..aku tak serang pun diaorg malam tu tapi aku pergi. Aku larikan diri aku, tumpang rumah kawan..dan aku cari kerja.. Bila aku dah dapat kerja, aku pindah bilik sewa. Dan dari situ lah aku kenal lelaki yang terlanjur dengan aku tu, 3 hari jer perkenalan kami aku dah boleh sangkut dengan mamat tu..
Aku tak tau apa aku pikir, tapi memang otak jiwa aku kosong, sakit. Lepas pada kejadian malam kami terlanjur tu, makin menjadi penyakit aku. Sampai tak boleh kerja ,termenung menangis,menyesal sesgt dengan apa yang aku dah buat..Tak sampai seminggu aku kerja suami aku datang cari aku dia minta peluang kedua dia minta aku pertimbangkan keadaan rumah tangga kami yang tak sampai setahun didirikan takkan nak dirobohkan begitu saja, dia janji dengan aku dia nak berubah.
Aku terima dia balik, memang dia berubah tapi sekejap je. Lepas aku bersalin anak sorang, dia buat perangai balik. Masa aku berpantang kali kedua ni lagi teruk aku kena baby blues..Sekarang umur anak aku dah 9bulan..Alhamdulilah perangai laki aku berubah sikit2 sejak ada anak ni, dia dah tak melepak lama2..rajin tolong aku jaga anak..baru2 ni aku ada ternampak jantan yang terlanjur dengan aku hari tu add aku kat FB, aku block dia. Aku jadi serabut bila aku kenangkan balik apa yang jadi dulu. Perlu ke aku terus terang dengan laki aku? Aku takut kebahagiaan ni akan musnah macam tu je..tolong bagi pendapat yer warga krt? Mohon pertimbangkan dan letakkan diri anda di posisi saya dulu.




