Assalamualaikum. Harap profile saya tak dipublishkan. Saya cuma nk meluah dan minta pandangan. Sedih rasanya bila kenangkan anak2. Saya berpisah dengan suami dh 9 tahun kerana orang ke3 yang tak nak dimadukan. Sekarang mereka dah kawen dan ada anak2. Saya pula masih single, sebab takut nak mnghadapi alam rumahtangga lagi. Lagi pula, saya ada anak d@ra yang tengah membesar. takut pulak saya nk carikan ayah tiri utk dia. Anak2 pun rasa berat utk izinkan saya nikah lg..so saya hormati kehendak anak2. Apa pun, saya bahagia dengan kerjaya yg makin mantap, anak2 dan family.
Alhamdulillah, hubungan bekas suami dengan anak2 masih baik dan saya tak pernah pisahkan mereka Bila2 masa dia boleh datang jenguk anak2, bawa makan2. Tiap kali cuti sekolah, dia ambil anak2. So anak2 tak rasa diabaikan.
Cuma yang jadi masalah, isteri ex saya. Anak2 terlalu susah untuk duduk bersembang dengan ayahnya, sebab dia seolah2 menghalang dan menyampuk. Dan bila anak2 minta sesuatu, dia lah yang bising kata mbazirlah, apa lah. Anak2 saya jadk sedih. Bila lihat anak ibu tirinya dah dibelikan macam2. Kecik2 lagi dah dapat rantai emas. dpt hp. tab. Tapi anak saya tak dapat.
Mak tiri anak saya tu tak bekerja pun.. Pernah anak saya minta ayahnya belikan kasut, sebab dah sempit tapi dibantah oleh ibu tiri. Kerana ibu tiri, anak2 jadi benci dengan si ayah. Sedang hakikatnya, mereka rindu belaian dan perhatian ayah. Mereka jadi stress dan pendendam.
Cukuplah, ini saje yg mampu saya cerita. Yang lain2, Allah je yg tau. Doakan saya kuat.




