Admin, hide profil. Aku, isteri yang ingin keluar dari perkahwinan ini. Isteri yang tak bahagia. Aku tak ramai kwn. Baru beberapa bulan berenti keje. Tak mudah mesra dengan orang. Aku rasa aku tak pernah jatuh cinta. Kawen dulu pun tak bercinta sakan. Walaupun sekarang anak 3 sudah.. Selama 8 tahun kahwin aku tak sedar pun sebenarnye masalah rumhtangga aku ni serius. Aku ingat biasa2 je. Cume aku macam baru tersedar dari lena beberapa bulan dahulu sewaktu suami aku bgtahu dia dah berkahwin lain. Aku, oh tak tahu nak rase apa. Aku cuma rasa sedih walaupun aku redha. Diam2 aku ditipu. Aku cuba tersenyum ketawa walaupun dalam hati tak gembira. Aku tak sangka aku perlu hadapi keadaan ini.
Sebnrnye aku sedar aku bersalah dalam perkahwinan ini. Aku berwatak keras, dan berharap suami dapat melembutkan hati aku sekurang2nya dapat memahami isi hati aku. Sepanjang perkahwinan aku merasakan kami tiada keserasian. Suami aku memang tak pernah tinggi suara padaku tapi rupa2nye dia sangat pendendam dan menyimpan dlm hati..
Kadang2 kalau aku terlepas cakap apa2 yang aku rasa hanye sekadar gurauan je kot. Itu pun bolsh buat dia terluka dan sentap. Kami masing2 tak pernah memujuk satu sama laen. Hanye mendiamkan diri bila ada masalah. Aku sibuk dengan kerja dengan anak tak ade masa untuk berkawan dengan orang laen. Rupa2nye suami ada berkawan dengan kawan satu sekolahnye dulu.
Dia pernah menyatakan hasrat untuk bernikah lagi satu dulu masa tu aku ingatkan dia sekadar maen2 dan bertanye benda tu banyak kali sampai aku jadi bosan. Last2 aku cakap nak kawen2 aje lah. Aku tak suke ditanye berkali2. Sekali cakap paham2 sudahlah. Rupa2 suami rasa aku mencabar dia. Agak2la kot.
Aku tak salahkan orang ketiga pun dalam hal ni. Cuma kadang2 marah la juga dalm hati. sape tak marah kan. Aku cuma sedar aku pun ada khilafnye. Suami pun ada khilafnye. tak ape.. Sekarang ni aku sebenrnye tak boleh terima keadaan ni. Aku hari2 pikir benda ni. Kalau boleh aku tak nak tinggalkan anak2 aku tapi aku pura2 gembira aje layan suami aku. Aku nak dia happy. Aku tengok dia happy je berbini dua. Tapi aku tak happy.
Dia tak nampak ke pengorbanan aku dulu. Tak suka meminta2. Apa aku nak aku beli sendiri. Aku kerja kan.? Dapat tau pekara ni membuatkan semangat aku melayang2. Aku tak ingin pegi keje lagi. Nak buat apa aku keje lagi. Aku nak duduk rumah aje jaga anak. Dia pun penah suruh aku berenti dulu. Sekarang ni aku dah berenti keje jaga anak aje. Tapi masalah lain pulak timbul. Aku rase dia dah makin berkira. Nafkah bukan banyak pun 2,3 ratus dari gaji dia 3,4,5 ribu tu. Tu pun berkira. Kalau aku nak claim apa2 asik hold aje. (Aku suka dulukan duit aku). Kadang2 kan teringin nak beli apa2, untuk anak ke, barang2 ke. Dia memang bertanggungjawab sediakan barang dapur sekolah anak semua.
Dulu aku sangat ikhlas gunakan duit gaji aku untuk rmhtangga kami tapi sejak dia kawen lagi aku berkira every single cents Aku tulis detail dalam buku aku claim. Tak terbayar dibuatnye ha. Ingat mampu sangat. Aku sgt tak iklhlas untuk redhakan semuanye. Kira untung la aku tak claim yang dulu2 punye tu kan. ?
Adakah itu menyebabkan rezki sempit.? Tapi aku memang tak nak redhakan apa dia buat kat aku. Yang paling aku kesalkan dia tak usaha pun baiki rumahtangga kami selama bertahun2 tu. Aku akui aku pun silap juga. Kami masing2 pendam dalam hati.
Bertahun2 aku layan sentap dia. Aku tahan telinga orangnye. Dia pulak sensitif.. hrmm mendapat la… Lelaki ada kuasa kan. Tak ape lah. Apa aku nak buat ye. Sekarang pandai pulak nak suruh aku meniaga la apa la. Nak suruh aku jana pendapatan keluarga pulak ke.? Sabo je la.. malas baik aku layan anak je.. Aku kadang2 terdoa aku dijumpekan dengan orang lain yang lebih baek. (suami aku ni baek agamanye) tapi aku rasa dia tak kaji betul2 bab poligami tu. Bab kemampuan. Tu je lah nk cerite. Sekadar meluah yang terbuku di hati.Ok lah krt bye.