salam min .. aku cuma nak luahkan je. bini aku sekarang tengah pregnant 8 bulan. cerita dia mcm ni , 2 hari lepas aku demam . bini aku asyik paksa aku makan ubat , aku cakap la jangan paksa kalau orang tak nak. lepastu dia merajuk cakap ok , lepasni jangan paksa dia kalau dia tak nak satu benda tu. ok lah. so semalam aku bawak dia jalan2 , aku perasan dia pandang 1 baju ni. aku tanye dia nak baju tu ke , dia jawab “hmm.. taknak lah…” . so aku tak paksa , sebab dia tak nak . balik je rumah dia merajuk , tak bercakap pastu masak pulak bunyi kuali ketang ketung pang pang..
Aku pujuk2 dia tanye kenapa ni ape salah abang dah lama2 baru dia cakap dia merajuk sebab aku tak belikan dia baju tu. pulak dah , tadi cakap tak nak.
kau tahu dia jawab apa min ? “tak nak ni ade banyak jenis .. kalau TAKNAK ! tu memang dah terang terang tak nak .. kalau hmmm.. taknaklah…. tu maknanya nak , tapi segan nak mintak . abang pun tanye sekali je. ” aku terkedu min. sebab aku tak dapat hadam teori tak nak dia tu . last2 aku mintak maaf .. memang semua perempuan complicated macam ni ke atau aku tak ada skill nak faham perempuan ? ke sebab bini aku pregnant ? stress aku min .. sebab dia bini aku , aku layan kan jela.. kang sepatah aku cakap , 1000 patah dia kasi aku balik . hmmm




