Assalamualaikum admin & pembaca krt. Aku nak tanya beberapa soalan. Sebelum tu, aku ni baru kawin awal bulan 3 tahun ni. Aku kawin dengan pilihan keluarga aku dan alhamdulillah pilihan keluarga aku memang terbaik. Aku ni sebelum kawin memang tak pernah bercinta dan kawan perempuan aku memang tak rapat sangat sebab aku jaga adab dengan mereka. Soalan aku sekarang ni macam ni :
(1) Aku tak ada adik beradik perempuan dan cuma ada 2 orang abang, seorang adik lelaki. Jadi, kalau setakat kemas rumah, basuh pinggan, basuh pakaian & jemur pakaian tu memang rutin kami adik beradik sebab mak Ayah aku ajar kami untuk buat semua tu. Cuma nak tanya suami2 dan isteri Kat luar sana, seorang isteri ni memang cerewet ke macam mana? Isteri aku kemas rumah lain macam betul cara dia. Ini kena macam tu. Itu kena macam ni. Kadang2 aku seram nak masuk rumah time dia tengah mengemas.
(2) isteri aku tengah mengandung sekarang ni. Normal ke kalau si suami yang mabuk? Aku tengok isteri aku rileks je buat kerja rumah, masak untuk aku. Siap boleh drive bawak aku pergi Klinik lagi.
(3) isteri ni masa mengandung memang keluar eh perangai pelik2 dia? Isteri aku suka sangat bau ketiak aku balik kerja. Kadang2 aku tak selesa sebab aku ni kuat berpeluh. Tapi kalau tak bagi nanti habis merah muka tahan nangis.




