Salam Admin, salam semua warga KRT
Mohon siarkan dan hide profile fb kawan saya ,tq. Masalah saya ini tak la besar sangat , tapi saya tension setiap kali bergaduh tentang perkara yang sama. Saya telah berkahwin hampir 10 tahun dan ada anak seorang. Isteri saya seorang yang sangat baik, hampir perfect di mata saya,Dia banyak membantu saya dari semua segi. Cuma dia liat benar nak balik ke kampung halaman saya. Alasan dia, sebab di kampung saya ada ex-girlfriend atau bekas tunang .
Saya memang akui bahawa bekas tunang saya sangat rapat dengan semua family member saya So everytime saya balik kampung memang bekas tunang saya akan lepak dengan family saya. Saya juga akui bahawa ex-tunang agak gedik dan pakai pakaian yang tak senonoh menjolok mata . Dan ini yang menyebabkan isteri saya tak selesa.Dia cakap dia muak dengar family saya memuji ex- tunang saya.Hubungan isteri dengan family saya memang baik,tak ada masalah langsung. Saya dah banyak kali yakinkan dia bahawa kami dah tak ada apa-apa. Lagipun dah sama-sama ada keluarga. Admin apa yang patut saya buat? Saya sayang dan hargai isteri, tapi saya tak ada jalan nak puaskan hatinya. Bagi idea sikit .Terima kasih




