Salam min, Hmm aku tak tahu nak mulakan dari mana, Aku sedih terkilan kecewa semua bercampur baur! Keluarga aku tak penah ada masalah, mak ayah aku baik dan didik kami Adek beradek sgt baik. Tapi dugaan datang menghampap tanpa disangka min.. mak ayah aku alim orgnya, didikan agama yg dorang bagi sgt cukup dari segi solat mengaji semua dididik dengn baik. Tapi min aku sedih Sbb dah hampir 40 tahun dorang bina mahligai cinta nie hancur punah begitu saja min.
mak ayah aku bercerai baru2 nie, disebabkan mak aku jumpa bekas tunangnya balik. Skg dah sah mak ayah aku bercerai, punca nya mungkin disebabkan runion kawan2 sekolah mak aku.. Allah aku tak dpt nak gambarkan apa yg aku rasa skg.. Ayah aku baik sgt min, tak penah kasar dgn mak aku.. Tp kenapa jadi macam nie. mak ayah aku nie dah tua, jarak umur mak aku dgn n ayah aku tk jauh beza 2 tahun je min. Tp kenapa pengakhiran jadi mcm nie!!! Mak ayah aku dah bercucu! Tp kenapa mak aku pilih beks tunang dia! YaAllah kuat sungguh dugaan untuk kami sekeluarga.
Aku malu min malu! Disebabkan usia mak ayah aku dah cecah 60 an Tapi tak sangka pengakhiran dia orang jadi macam nie tolong doakan aku kuat ye semua. Mak aku lupa ke apa jasa bapak aku selama nie, mak aku sakit terlantar di hospital sapa yg sanggup bersengkang mata untuk jaga dia.. aku bukan nak buruk kan mak sendiri min.. Tapi aku sedih tegok bapak aku skg nie dah mcm kemurungan. Tolong siarkan min.. terima kasih.




