Salam krt. Saya lah janda 4 hari yang saya post a few days ago. Hari ni 6.4.2019 dah 14hari menjadi janda. Saya nak cerita bagaimana saya buat keputusan ingin bercerai dengan suami.. ya kami dah kawen 9 tahun tapi belum lagi dikurniakan anak sendiri, dari rahim saya. Dalam tempoh itu kami ada mengambil anak angkat seorang yang kini berusia 4 tahun.
Kami bercerai kerana tiada persefahaman. Saya dan suami mula pjj pada tahun 2018. Dia di utara dan saya di pantai timur.
Mulanya kami tggl di perak, dan suami diarahkan bertukar ke kedah. Saya minta izin dia untuk bertukar ikut dia. Tapi dia tak bagi. Saya di sini stress sgt kene urus anak sorang2.dengan bos yang menyakitkan hati buat saya tambah stress.hari2 kepala saya sakit memikirkan mslh ni.tapi bila nak berkongsi dengan suami.dia langsung tak nak ambik tahu. Tuhan je tahu stress saya masa tu. dan saya buat keputusan minta tukar ke kampung saya.tinggal dengan mak.
Bila dapat tukar dia marah seolah memberontak. balik pun tak nak bercakap dengan saya. Satu hari kami bergaduh dalam kereta. dia kata saya mandul. suh saya pegi beli ubat untuk ubat mandul saya tu. Allahuakbar nak tercabut jantung saya bila suami berkata begitu. Saya terdiam dan saya kata klu buruk mcm ni perangai dia menyesal saya kawen dengan dia. Dan dia ugut saya nak ceraikan saya. Nak ke pejabat agama.
Jd saya cakap saya tak kan halang hasrat dia tu. Dia nk ceraikan saya.. ceraikan lah..
Dia balik jenguk saya dan anak jarang2 sebulan sekali. Pernah tak balik 3 bulan..tak call tak wasap tanya kabar saya dan anak. pernah saya wasap cakap anak demam. Seminggu lepas tu br dia balas. Saya dah tak tahan dengan keadaan ini. Ada suami tapi mcm tiada. satu hari dia balik..saya cakap tolonglah ceraikan saya. saya dh tak boleh hidup dengan dia. Dalam masa sama saya ckp saya ada lelaki lain. Memang saya ada kawan lelaki yang banyak tolong saya kalau dia takde dah tentu saya down dah jadi macam orang sasau Kerana perangai suami.
Mesti korang kata saya salah ada kawan lelaki. ya dlm hal ni memang salah saya. ada orang lain di waktu saya masih isteri orang. memang dosa saya. Tapi tak berdosa ke suami yang abaikan ank dan isteri dia. memang suami nampak keburukan saya jela masa ni. Dan dia post cerita2 buruk pasal saya di setiap status wasap dia di facebook pun dia akan bercerita pasal saya. Di fb dia pos ttg hubungan saya dan kawan saya tu. dia pernah pergi serang kwn saya di tempat kerja. Segala aib saya dia buka..saya dah tak mampu berdepan dengan dia dan keluarga dia..
Walaupun dia kata mcm2 pada saya..bab* beruk anj*ng. Tapi dia ttp tak nak ceraikan saya. Bila saya betul2 paksa dia baru dia balik untuk ke mahkamah. tu pun saya yang kena isi borang permohonan cerai.. Sampailah satu hari kami bercerai.. Ex husband. saya harap awak akan jumpa orang yang lebih baik dr saya. yang boleh melahirkan zuriat untuk awak. Jika benar saya mandul. awak kawen lain mungkinAllah akan beri awak anak. saya doa awak bahagia. Awak suami yang baik. Mungkin salah percaturan kita sehingga kita menjadi orang yang pentingkan diri dan susah nak terima kelemahan masing2..maafkan saya




