Anak autism dan curang dengan BIMBO
Mari aku kenalkan aku sya, aku berusia 32 tahun dan bekas lelaki aku berusia 32 tahun (seusia denganku) bernama naj… Kami berasal daripada selatan tanah air. Dia kerja kapal… Bila dikatakan kerja kapal ni mesti anda pahamkan bagaimana persepsi orang terhadap golongan2 ini. Saya tak ingin mengulas lebih lanjut, tapi tak semua orang kerja kapal mcm kisah yang aku nak ceritakan ni, cuma jenis yang tak ingat anak bini kat rumah, dah kawen tapi kaki enjoy je perangai tak matang macam dia.
Perkahwinan kami berusia 6 tahun, dan perkenalan almost 8 tahun. aku diceraikan dengan lafaz luar pada hari raya kedua tahun ini… Dan akan habis eddah pada 6.9. 2019 ini… Reason? Aku akan ceritakan di sini.. Aku dan dia… Sangat2 loving couple, aku kenal dia pada tahun terakhir aku di salah sebuah universiti tempatan di shah alam. Kawan sekampung yang kenalkan aku dengan dia, walaupon kami sedaerah kami tak pernah bertegur sapa kerana waktu aku dan dia high school dia di mrsm aku sekolah kampung biasa je… Waktu aku bercinta dengan dia di tahun akhir uitm tu dia pon telah berkerja..
Hubungan aku dengan dia on off masa tu, dan aku declare toxic, aku sempat undur diri masa tu sebab aku fed up dengan long distance relationship.. Tapi aku cekalkan hati juga… Teruskan hubungan.. Akibat sayang Kami terlanjur maccam suami isteri hidup kami lepas tu tapi kami lupa ada yang memerhati keseronokan kami dan mencatit dosa kami.. Tahun 2013 kami berkahwin, oh ye hubungan aku dengan keluarga mentua ok pada masa ini.
Lepas kahwin aku ikut dia belayar kapal…seri.. A. Selama 6 bulan.. Kami hidup aman bahagia loving tanpa prajudis. Tapi ada juga kami gaduh besar berpukul2 atas kapal tu….. Tapi keep it cool je orang luar tak tau.. Sebab cinta kami melekat masa tu.. 2014 anak kami yg pertama lahir. Anak autism… Anak syurgaku…( mungkin ini kifarah dari dosa2 kami semasa couple) aku bahagia dengan kehadiran dia tapi sikap dia yang tidak matang membuatkan aku stress. Nasib baik aku tak meroyan.. Hari ke 2 kelahiran anak ku aku mengamuk sebab dia tak hiraukan aku dan baby kecil tu. Hanya bertemankan COC (clash of clan) tidak ambil peduli.. Fikiran tak matang dia nak bawa baby tu lari… Hanya sebab ditegur tidak membantu menguruskan baby kecik tu semasa aku baru 2 hari melahirkan.. its ok. Aku sayang dia. Tapi dia dah mula berdendam… Hubungan dengan mentua? Ok lagi…
2015 tiada gaduh besar, kami bahagia mampu menyayangi… Understanding
2016… Sudah mula rasa tak bahagia.. Aku terpengaruh dengan fatwa masa tu segala kerja rumah suami buat… Jadi kami banyak bergaduh pasal tu.. Tapi dia turutkan juga. Last2 dia buat keputusan nak ambik maid.. Aku? Busy bisnes online masa tu sampai aku abaikan anak2 aku dan dia.. Bagi aku semua kerja maid yang buat.. Dia berdendam dan makan hati.
2018… Ini permulaan kisah sedih… Aku sakit… Melibatkan dunia2 mistik.. Sakit yang bila pergi doktor… Tak dapat detect… Tapi rasa badan sakit, semua sakit2…. Kaki sakit, aku cekalkan hati aku nak sihat… Aku mula mendekatkan diri aku pada Allah… Aku insaf segala perbuatan aku.. Tapi hubungan aku dengan dia makin teruk…
Maghrib pulak. Nanti aku sambung lagi cerita part 2