Assalamualaikum warga krt sekali lagi.
Aku yang dulu meluahkan isi hati kt sini. Kisah tunang asyik marah dan tengking sbb perkara remeh temeh. Aku dah selamat bernikah dengannya. Dan aku tak pasti ianya suatu kebahagiaan atau membawa duka… Waktu bersanding atas pelamin, aku dimalukan depan tetamu. Bayangkan aku tersenyum depan tetamu, dia masamkan muka. Sekejap sahaja diatas pelamin, dia terus masuk rumah tinggalkan aku seorang diri layan tetamu. Aku malu. Ingin saja aku menangis depan ibubapa.
Dah selesai majlis, sekali lagi dia buat muka. Hanya kerana aku memperlahankan langkah berjalan untuk bersama kedua ibubapaku dan tak berapa dengar dia bcakap dgnku. Takkan aku nk jalan laju dgnnya tinggalkan ibubapaku dibelakang. Depan orang awam dia layan aku begitu, Aku hanya senyum kambing menahan malu
Kenapa isteriku? aku tak berhak dihormati ke? Dua hari selepas itu, sesudah sampai di rumah. Ketika aku belek fon dia, aku terbaca satu mesej menggigil tangan aku.
“Aku bagitahu isteri kau yang kau jadikan aku perempuan simpanan..” -tarikh mesej sebulan sebelum nikah- Air mata terus mengalir laju. Patot la dia marah2 aku kalau aku pegang fon dia sebelum ni. Siap tinggalkan aku di meja makan , book ‘grab’ nak balik rumah terus. Aku tunjuk dan tanya pasal mesej tu. Dia terus marah² aku dan ugut nak balik. Seolah aku yang bersalah. Kami gaduh besar.
Baru 3-4 hari nikah, dah berantakan. Akhirnya dua-dua minta maaf. Dan aku minta dia sumpah demi Allah jujur katakan, siapa lagi lelaki lain dlm hidup dia sepanjang kenal aku..
“Tiada”. Katanya.
Aku makan hati. Tapi demi kasih, aku maafkan.
14 hari selepas nikah..
Ingatkan makin bahagia. :’)
“tuttt tutt” mesej messenger fb masuk.
Dulu aku pernah masuk fb dia. So diam² aku spy media sosial dia
.
“Hii awak” “Dah nikah ke?”
Aku ingat lelaki tak kenal mesej dia. Aku cuba mesej balik.
Rupanya..
Allahurabbi. Jatuh duduk terdiam aku.
Lelaki itu kenal dia. Siap tunjuk gambar dan video dating berdua lagi. Satu di IKEA, satu di secret recipe dan satu makan aiscream buskin robbins. Baju berlainan.
Hancurrrrr retak hati aku!!
Wahai isteri tergamaknya kau.
Itu gambar dan video sebulan sebelum kita TUNANG, 3 bulan sebelum kita NIKAH. Bagai dihiris hiris hati ni.
Tergamak kau isteri.
Dulu kau janji aku orang pertama akan kau bawa makan di IKEA, dan aku berharap memang akulah orangnya. Aku tunggu hari bahagia itu. Kau cakap dlu kau pergi sorang-sorang.
Ternyata tidak!! Siap dating dua kali lagi waktu kita dah berjanji untuk berkahwin. Selama ni aku offer belikan aiskrim, kau slalu tolak. Aku ingatkan kau tak makan. Rupanya… kecil sangat hati aku!
Kalau aku tahu, takkan aku teruskan pertunangan dan pernikahan ini.
Hati aku sakit wahai isteri. Aku makin hari makin hilang rasa cinta. Bahkan rasa sakit dipermainkan.
Aku dah tak tahu halatuju hidup aku. Sepertinya orang gila. Yang tak berhak mendapat bahagia. Walaupun cuma seketika.
Doakan aku…