Assalamualaikum min. hide kan profil saya ye. maaf kalau cerita saya agak panjang . saya bercinta dengan suami orang , baru 3 bulan. korang jangan kecam dulu. saya boleh terang kan. suami dia memang dah tak ada hati dekat bini dia, saya cuma nak bantu tapi tak sangka dia tergilakan saya sampai tinggal isteri dan anak dia. Saya dapat tahu isteri dia depresi0n tapi itu bukan salah saya kan sebab dia terlalu sayang kan saya tapi suami saya pulak tak nak lepas kan saya.
Semalam kami terserempak dengan wife dia dekat shoping mall , ishhh memalukan betul. dia cakap saya ni perempuan murahan. padan muka kene tampar dengan suami dia. sape suruh kurang hajar. saje je bagi saya malu kat parking tu semalam. ada kawan kawan dea cakap saya ni bom0h kan laki dia. tolong sikit ye. kami kerja satu tempat cintaa tu hari2 berputik.
Anak dia dengan anak saya sama umur dan suami dia lebih syang kan anak saya sekarang. dia memang jarang balik umah wife dia. bertapa dia syang kan saya . suami saya pulak asyik dengan bini pertama dia. dulu nak sangat kat saya , sekarang ? berkepit je dengan bini pertama dia. yang saya sakit hati, boleh dia cakap kat saya yang anak bini dea nampak kurus .
saje je nak bagi saya sakit hati. konon risau lah tu ? Sekarang ni makcik2 bawang semua rasa macam mana cara kami untuk bersatu? suami saya tak nak lepaskan saya walaupun saya dah tidur dengan suami perempuan tak guna tu. yang perempuan tak guna tu pulak tak nak cerai tapi rela bermadu.
hey heloo , saya ni sekarang dah memang isteri kedua . dah biase bermadu, jadi saya tak nak bermadu lagi dah bosan. Untuk kali ni saya tak nak kongsi tolong faham. kami dah terlalu bahagia . kami dah tak nak dengan pasangan kami yang lama. kepalaa serabut lah. tolong lah saya makcik2 bawang sekalian. yang kecam tu memang tak tahu apa makna cinta yang sebenar .




