Assalamualaikum. Lapan tahun yang lalu ramadanku hanya di pondok usang dalam kebun kelapa sawit.. hanya berjirankan batu nisan yang tiidak jauh dari pondok ku..tinggal lah kami lima beranak di situ.. kami makan pagi kais pagi.. makan petang kais petang.. suami hanya bekerja kampun g sahaja.. kesusahan kami tiada sorang pun yang tahu..
Sepanjang empat tahun di pondok usang itu kami tak pernah minta bantuan dari mana2 pihak.. sehinggalah tahun kelima kami di situ suami mengalami kemalangan dan aku terpaksa memohon bantuan.. kerana aku mohon bantuanlah macam2 fitnah yang kami terima..
Teringat aku satu kejadian ribut yang amat kuat.. habis pondok ku di masuki air. kelam kabut aku menyelamatkan buku sekolah dan baju sekolah anak aku.. pondok ku tingkap tidak becermin hanya ada besi saja.. ribut masa tu amatlah kuat sampaikan bergoyang pondok ku.. ribut itu juga telah meruntuhkan bus stop yang ada berdekatan pondok ku.. saat itu aku anak beranak hanya mampu berdoa.. kerana terlalu takut aku melaungkan azan.. alhamdulillah ribut pun berhenti..
Setelah keadaan reda orang kampung pun datang melihat bus stop yang roboh itu tetapi tidak singgah melihat keadaan kami anak beranak.. sedihnya hanya ALLAH yang tahu.. hanya kerana kami miskin.. Berbalik cerita suami ku yang telah mengalami kemalangan patah kaki.. sejak kemalangan itu suami tak boleh kerja dan kami terpaksa menumpang di rumah mentua kerana suami tak boleh menaiki tangga di pondok kami.. semasa di rumah mentua hanya kawan2 suami yang dtg melawat orang2 yang berpangkat di kg tu langsung tiada satu pun yang melawat sedangkan mereka tau suami kemalangan..
Semasa kami tinggal di rumah mentua.. pondok ku di masuki orang.. habis barang rumah di curi.. tong gas wayar elektrik dan lain2.. aku dah buntu memikirkan macamana kami nak kembali ke pondok kami.. lalu aku pun memohon bantuan di fb untuk memasang wiring pondok kami.. dan orang kampung pun tahu aku mohon bantuan di fb.. lalu datang lah mereka ke rumah mentua ku memarahi aku.. aku diam saja hanya air mata yang mengalir..
Mereka mengata aku minta bantuan tak ikut saluran yang betul.. sedangkan aku sudah mohon bantuan guna saluran yang betul pun tp tak dapat.. orang kampung pun suruhlah pages yang aku mohon bantuan tu padam kisah aku.. tapi alhamdulillah ada yang sempat mengambil no hp ku.. dan mereka pun menderma.. cukuplah untuk aku pasang wiring baru.. repair pondok ku yang hampir roboh.. beli mesin basuh dan peti ais kecil.. semua tu dari duit derma orang..
Setahun suami tak boleh berjalan berulang alik ke hospital.. dan kami pun kembali ke pondok kami bila suami dah boleh berjalan sikit2.. bermulalah episod kami anak beranak mengikat perut kerana suami dah tak boleh bekerja.. aku pun tak boleh bekerja kerana masalah kesihatan..




