Assalammualaikum. Minta hide fb saya ya. Hidup saya merana min.. Kerana mentua.. Rumah tangga kami hancur. Bercerai berai. Berkahwin hampir 4 tahun.tiap kali prgnant, mesti saya keguguran, paling lama di dalam rahim saya 21minggu. Hampir 7 kali saya keguguran, selepas keguguran yang terakhir, saya diceraikan. Atas desakan mentua. Konon nya saya tak mampu berikan zuriat dan saya bukan menantu pilihan. Wahal pinangan dan kenduri semua, pihak laki yang beria buat, saya bernikah umur 21 tahun. bekas suami 31 tahun. Bercerai melalui mahkamah. Saya usaha selamat kan rumahtangga kami. Tapi takberjaya.
Sejak awal kawen, badan saya mudah sakit. sakit tak ada penghujung. Kejap ok, kejap tidak. Kami lakibini, bila dekat mudah berangin, gaduh, tapi bila berjauhan, rindu. Selama Berkahwin, kami masih tido berpelukan, saya tido beralaskan lengan suami.bila slh sorang takda, jd takleh tido. Msing2 akui, rindu.
Tetapi selepas penceraian berlaku, sakit saya makin menjadi, pergi hospital, tidak dapat detect sakit yang serius sgt, Tetapi keadaan diri saya ketika itu tak ubah macam mayat hidup saya selali muntah, kencing, membuang, semua keluar darah, sampai berat badan susut, ketika tu saya tinggal sorang diri, bawa diri untuk pulih diri.
Nasib da rakan2 yang kenali saya dari anak dara, bantu saya. Ikhtiar berubat cara Islam.. Berpuluh perawat saya jumpa.
Yang sedih semua berulang mention hal yang sama. Mentua sihirkan saya dari awal sebelum kawen, kerana saya bukan pilihan dia, dan berkali keguguran tu berpunca sihir yang dihantar pada peranakan saya, dan pemakanan yang dijamu oleh dia. Luluh hati ni, allah je tahu. mentua yang saya anggap macam mak, orang yang cerdik agama, solat tak pernah tinggal, gamak buat saya macam ni.
Bekas suami tahu perbuatan mak dia, tapi diamkan, sebab yang pertama jd, rakan dia sendiri ikhtiar pulih kan saya, Disebabkan tak nak dia jadi anak derhaka, saya redho dengan perpisahan ni. Saya berharap Agar hati ni dpt memaafkan mentua. Dan saya mampu terus kan kehidupan saya. Dah hampir 3tahun saya bersendiri utk terus kan kehidupan. Pada bekas suami, saya Harap dia bahagia dengan pilihan yang mak dia buat untuk perkahwinan baru.
Cuma saya brharap dia mampu nasihat mak dia seperti bertaubat, tak perlu bertopengkan agama, tapi hati mensayairikkan Allah.. Saya naif hal agama.. Tapi saya ikhlas sayangkan keluarga mentua dan bljr perbaiki diri. Dah nasib saya dari awal dah takdisukai. Saya lgsg taktahu, spjg Berkahwin, mentua benci kan saya.. Selepas bercerai baru saya tahu, pihak sdaria mara lelaki sendiri yang sampaikan pd saya tentang mentua, masa tu baru saya sedar. Saya masih trauma akan perkahwinan, masih blm pulih sepenuhnya, saya mohon kalian doakan jodoh saya lepasni mampu menjadi imam pd saya, saya masih inginkan ada zuriat sendiri. Skrg umur dah 28thn.sedih lihat orang lain fmly dah complete tapi diri ni,masih hidup dlm kenangan.
Hari2 rindukan anak. Menangis bila teringat tragedy mentua. mcm2 dia lakukan pd saya. Saya percaya kebenaran akan muncul juga nt. Pada bekas suami, saya mohon maaf, halalkan makan minum saya ketika saya masih menjadi isteri awak. Jangan lupa ziarah bersihkan kubur anak sebab dekat dengan awak, saya dah tak marahkan awak. Sebab saya tahu awak masih dlm pengaruh sihir penunduk mak awak. Semoga awak bahagia dunia dan akhirat