Assalamualaikum admin . Tolong hide profil saya ya. Saya nak minta pendapat dari semua pembaca. Sekarang ni saya sangat tertekan. Saya baru berkahwin beberapa bulan. Sebelum kahwin memang suami saya kaki game. Lepas kahwin perangai dia memang sama macam masa bertunang tapi sejak dua bulan yang lepas suami saya selalu dengan fon dia , kalau tak main game dia akan tengok facebook sampai 3 4 pagi .
Untuk pengetahuan semua kerja rumah dalam rumah ni semua saya buat dari kemas rumah, cuci segala kipas dan basuh tandas. Sekarang saya dalam proses untuk mengubati diri saya sebab peranakan saya jatuh so saya tak boleh nak buat kerja berat tapi suami tak ambil kisah pun dengan saya. Bila saya minta tolong dia akan diam atau marah dan kadang kadang mengeluh tapi dia nak saya sihat macam perempuan lain ada anak.
Sekarang saya duduk bertiga dengan adik ipar (lelaki). Sebulan awal adik ipar dalam rumah ni dia elok kerja. Tapi bila saya start pasang wifi adik ipar saya dah mula malas kerja. Kerja dia hanya makan tidur sahaja. Saya tak puashati sebab adik ipar begitu malas. Semua bekas pinggan dan cawan tak reti nak basuh. Bila saya bangun pagi saya lah yang kena kutip semua pinggan cawan kosong yang kotor letak kat sinki dan basuh.
Dengan takde rasa bersalah hari hari adik ipar saya macam tu . Bila saya luahkan pada suami , suami saya hanya diam dan gelak. Kadang saya rasa diri saya ni hanya hamba abdi dia. Takde rasa hormat. Duit sewa rumah pun suami bayar sendiri takde minta satu sen pun kat adik ipar.
Adik ipar saya memang sihat tangan kaki badan dan takde alasan untuk dia duduk dengan saya suami isteri kalau dia taknak kerja . Saya ada cakap dengan suami elok elok suruh adik dia balik kampung tapi suami tak endahkan langsung. Saya terlalu tertekan dengan semua ni . Hampir setiap malam saya menangis . Tolong beri pendapat.




