assalam admin n warga KRT, tlg hidekn profile saya ya. sebelum tu saya nak bagitau saya menulis ni dan pos kat krt pakai hotspot katil jiran sebelah. hp saya da berapa lama tak ade beli data. pakai just untuk boleh call je. saya sekadar nak meluah perasaan yang terbuku dihati,
saya dah kawin ada 5 orang anak dan sekarang tengah hamil anak nombor 6 due bulan 11 ni dan semalam kena paksa admit wad sebab baby ada masalah sikit.
macam ni, masalah saya sekarang ni, dari anak 1 sampai 5 saya, suami dan family husb ok. tapi sejak saya mengandung anak nombor 6 kami diberi ujian hebat dari Allah. Suami keje sendiri (berniaga) secara kecil2 sahaja, maklumlah modal kecik untung pun kecik la. hasil niaga mampu perbelanjaan harian bak kata orang cukup2 makan je. tapi sejak akhir2 ni macam2 masalah yang kami hadapi.
Bermula dari minta tolong pembantu kedai beli barang niaga bawa moto suami, tiba2 dia exciident, dia paatah kaki dan motor pulak memang dalam keadaan teruk sangat. kos hospital budak keje dah tentu suami kena tanggung sebab tengah keje dengan suami kan, lepastu motor pulak memang tu je satu2 nya kenderaan kami, hantar kat bengkel kos repair moto tu hampir 1k. kos hospital dengan kos motor tu je da buat kami terduduk.
Sebelom ni penah beli kereta tapi kena tarik. Bermula dari situ, nak berniaga dah terganggu akibat modal dah pakai untuk bayar bil hospital budak keje tu, motor pulak masih terbengkalai, anak2 nak kesekolah pun terganggu dan apa yang paling penting tak dapat nak bagi mil duit belanja harian. untuk pengetahuan dari anak sorang smpai 3 duduk menyewa sendiri, masa anak no 3 baru berapa bulan fil meniinggal dan mil minta kami duduk dengan dia untuk teman dia.
Masa tu adik ipar pompuan baru kawen dan ikut suami, 2 orang adik ipar laki pula dapat keje luar negeri. jadi mil takut dok sorang. jadi kami pun setuju. bila masalah demi masalah datang bertimpa2, duit belanja harian pun tak,menentu,,mil pun dah mula bising2, adik2 mula ungkit dok umah free la, tak bagi duit belanja kat mak la itu ini, sampai tahap suami gaduh dengan adik dia dan kami dihalau.
Bayangkan la saya tengah mengandung anak ke 5 kami heret keluar dari rumah satu malam tu kami merempat tidur dikaki lima. saya call makcik saya minta tolong dia sebab saya tringat yang dia ada rumah sewa. Alhamdulillah kebetulan umah dia kosong dia bagi kami tumpang tapi dgn syarat tak boleh lebih 3 bulan.
Dalam tempoh 3 bulan kena survive nak cari rumah sewa lain, faham je la rumah sewa skarang ni paling rendah rm450.
Dengan sekolah anak2 tergantung, suami dapat keje ssbagai tukang masak. hari2 pergi keje jalan kaki, gaji pertama dapat dalam rm3 ratus lebih je sebab start keje masa tu dah tegah bulan, bila dapat gaji pertama tu buat belanja barang dapur je habis, pakai 2 minggu dah habis. bulan kedua gaji 5 ratus habis belanja dapur,3 ratus bagi mil,ada saving 4 ratus untuk survive nex month.
Dalam pada masa tu juga saya cari umah sewa, alhamdulillah dapat umah sewa murah tapi nak kena masuk segera lah sebab tuan umah masa tu nak bagi orang lain, kiranya siapa bayar cepat dia bagi orang tu dulu lah. saya pun da jadi serabut mana tak nya tempoh menumpang pun tak boleh lama, dapat rumah sewa duit deposit tak cukup, sudah nya saya pinjam duit untuk deposit umah tu kat cikgu skolah saya.
Suami resign depan bos, sebab nak bagi explain kenapa resign terburu2, bos terima. Dan bos bagitau baki gaji dapat tarikh sekian2. jadinya saya pun janji la dengan cikgu saya nak bayar balik duit dia bila baki gaji suami dah dapat nanti.
Dalam pada masa masuk rumah tu, awal bulan 10 haritu, dan tunggu baki gaji husb sampai kesudah di bagi janji palsu je. call tak jawab, msj tak balas.
Suami masih mencari keje lain, anak2 masih belum sambung sekolah, sekarang saya pulak kat hospital tu pun nurse tolong hantar kan. suami nak cari keje kenderaan tak ade, cuba pinjam moto adik dia,,mulut kata ok, nanti dia hantar, sampai sudah tak ade pun. Mungkin sebab dia takut nanti nak kena tolong jaga anak2 saya kalau suami melawat saya. kat tangan suami pun tak ade duit kalau nak bagi upah atau tuang minyak moto dia.
Saya kat hospital ni rasa sedih sangat, bila masa melawat tak ade waris tak ade famly, suami tak dapat datang. rindu kat anak2. pedih rasa dengan apa yang saya lalui sekarang. tapi saya paham keadaan suami saya kenapa tak dapat datang. saya pun tak ade paksa2 dia. kalau dia datang sape nak jaga anak2 saya tu. cuma yang mmbelenggu saya skarang, saya takut saya kena bersalin awal, barang baby 1pun tak ade.
Jagan kan barang baby, nak discaj nanti pun macam mana saya dengan suami nak cari duit Allahu. anak2 makan kat umah nasi telur hari2. saya tak nak admit wad, tapi doktor paksa sedangkan saya dah explain keadaan saya. saya tak boleh nak rest walupun kat hospital sebab fikir keadaan kami skarang. maaf ya semua kalau cerita berserabut. saya sendiri pun tengah serabut minta discaj doktor tak bagi. duduk wad lama2 pun kena bayar banyak juga wlu pun hospital kerajaan.





October 23, 2018
Puan boleh kongsi masalah puan ni dgn doktor dan nurse di wad. Doktor boleh tlg rujuk kes puan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk bantuan yg sewajarnya. InshaAllah setiap permasalahan ada jalan keluarnya. Harap puan bertabah dan semoga keluarga puan dilindungi olehNya.