Asalamualaikum warga krt .. disini saya hanya mahu berkongsi cerita dan nak minta pendapat semua warga2 krt . Saya tak tahu nak luahkan pada siapa lagi . Selagi tak terluah selagi tu lah rasa terbeban sangat dihati ni. Saya seorang ibu muda berumur 24 tahun dan mempunyai 3 orang cahaya mata. Saya surirumah sepenuh masa tinggal serumah bersama mertua. Semua kerja rumah saya lakukan sepertimana tugas seorang isteri.. bermulanya kisah perit saya bile serumah dgn mertua barang2 keperluan semua mertua yang sediakan . Suami hanya beli mana yang termampu ..
kadang susu dan pampers habis mertua saya belikan satu hari saya nak memasak tetapi beras habis sampai ke malam saya dan anak2 ikat perut hingga suami balik kerja . Nak minta pada mertua beli makanan pun tebal dah muke sebab dia pun kesempitan wang . Malam tu saya bertengkar dengan suami tegaskan mana tanggungjawab dia. sebab inikah dia enggan nak menyewa rumah lain ? Pertelingkahan ni berpanjangan hingga ke esok dan menyebabkan pergaduhan besar sehingga mertua saya masuk campur da mula naik tangan pada saya .
Dia membela anaknya habis2an dan menyalahkan saya. menghina saya.. mengaib saya sampai ade kata2 yang kurang sedap didengar. Suami hanya diam melihat semua tu. kemudian adik beradiknya dan saudara mara nye bertubi2 menghina dan mem@ki saya seolah2 saya tak de maruah. dengan perasaan geram saya pun bersuara untuk mempertahankan diri saya tp mereka mengatakn saya kurang ajar dan ibubapa saya tak pandai mendidik saya. Sehingga sekarang kata2 mereka masih terngiang2 di telinga saya.
Mertua saya menghina saya perempuan jahat , pemalas, mendoakan saya mer0yan. Mereka kata saya suka menyun dal dan macam2 lagi padahal saya sendiri tak tau dari mana saya menyundal sedangkan 24/7 saya dirumah menjaga anak2 saya dan tanggungjwb seorang isteri. hati saya sangat2 sedih dan hancur dengan hinaan dan makian .. saya nekad untuk keluar dari rumah mertua tapi suami dan mertua menahan saya dengan sayaarat saya tinggalkan anak saya yang ke3 baru berusia 2 bulan .. mereka merebut bayi saya dari pangkuan hingga luka2 tangan saya utk mempertahankan anak saya.
Saya takkan pernah lupa setiap ayat dan kata2 yang mereka lemparkn pada saya .. sekarang saya dan suami duduk di rumah company sementara. Serba serbi tidak cukup dalam rumah tu al maklum rumah untuk perkerja bujang. Nak memasak pun tak boleh. Anak2 sentiasa lapar. Anak saya yang sulung sampai tidak pergi ke sekolah kerana tiada transport. Sedih saya tengok nasib mereka. Suami tetap tak cukup duit untuk menyewa. Suami merayu dan memujuk supaya saya balik ke rumah ibunya tapi hati saya terlalu sakit. Ibunya juga menyuruh saya duduk ke rumah itu kembali.
Hari2 saya menangis mengenangkn nasib kami . Nak balik ke rumah family sendiri suami tak izinkan. entah kenapa dia susah untuk izinkan saya ke rumah family sendiri . Apakah yang patut saya lakukan? Saya buntu memikirkn jalan keluar permasalahan ni . Suami terus menerus memaksa saya untuk duduk di rumah family dia macam dulu tapi saya tak mampu untuk semua tu sebab saya dah tawar hati dan takut hal yang sama berulang lagi.. harap warga2 krt dapat beri pendapat yang membina.




