salam min.. saje nak share kisah 2-3 hari ni. aku stress. macam2 rasa ada. nak marah pun ada, geram pun ada, nak gelak pun ada. jaga suami ni mcm jaga budak2 eh. macam biasa pagi2 sebelum pergi keja, adalah time paling huru hara sekali. mananya nak prepare bfast, nak masak untuk lunch siap2, siapkan si abang nak ke sekolah. dan paling mcabar nak kejut sorang2 bangun pagi especially bapak diorang. memang mencabar kesabaran.10 kali kejut belum tentu bangun. da bangun mamai plak. Do tugas iron baju skolah anak mmg dah contract tetap bapak diora g. 2 hari lepas, tiba2 si abang cakap.. “mama, apa ni?”
Tengok2 bapak dia sediakan baju kemeja sekolah+kain baju kurung+dan tudung skolah. Dia dah kenapa dia ni. ngigau ke. nak bagi anak lelaki pakai tudung dengan kain. takpe, aku sabar lagi. benda boleh settle buat pe nak bising. walaupun si abang sampai terlambat ke skolah
hari ni punya cerita. dari dapur nampak la bapak diorang kehulu kehilir macam sibuk sangat usung kain baju. mula2 aku buat dek lagi. tapi bila tengok si abang masih tak berbaju, eh tak siap iron lagi ke dia ni?
Bila tengok ya Allah dah kenapa la laki aku ni tidur bjalan ke apa. Baju anak masih tak iron lagi ttapi dia da siap sarung pakai baju kurung sekolah si adik kat leher elok je tergantung gamak tak muat je. kalau dah muat mau da siap pakai satu set baju kurung skolah.
dari tgh membebel pasal baju tak iron lagi, terus bantai gelak tak ingat dunia..
dah kena gelak dengan anak baru la terpinga2 sedar. rasanya time ni la baru dia betul2 tjaga dari tidur. yang dari tadi tu sleep walking agaknya. so mulai hari ni.. kami kna berhati2.. takut lepas ni dia ngigau pakai beg skolah anak terus pi skolh pulak. mntak pendapat kot sesiapa ada masalah yang sama. tak larat dah aku tiap pagi hadap benda mcm ni.
hide fb aku min. tq