Assalamualaikum semua.. mohon hide kan profil saya admin.. saya amni berusia 21 tahun dan suami awal 30an.. Dikurniakan seorang cahaya mata selepas perkahwinan kami pada tahun lepas.. Alhamdulillah.. Saya masih menuntut di ipta dan suami bekerja di sektor swasta.. masa sebulan perkahwinan, layanan suami baik pada saya.. selepas daripada itu dia sentiasa memarahi saya.. setiap tindakan saya pasti ada yang tak kena pada matanya.. Awal mengandung, saya tidak seperti ibu mengandung yang lain sentiasa disayangi dan dihargai oleh suami..
Hari² sering dimarahi hingga kini.. Kebiasaannya, suami amat menjaga hati dan perasaan orang lain berbanding saya isteri nya.. Orang lain akan dimenangkan berbanding isterinya.. Trauma saya apabila suami memecahkan dan mengoyakkan gambar perkahwinan kami puncanya saya meminta buah laici dimasukkan ke dalam air minuman saya di bazar Ramadhan tahun lepas.. Penjual tersebut membuka ikatan lalu menambah laici di dalam plastik tersebut.. suami saya marah saya teruk di dalam kereta kerana menyusahkan penjual tadi.. Tapi saya teringin sangat makan laici.. Mungkin mengidam.. Kejadian itu berlaku, tiga bulan selepas kami berkahwin..
Sewaktu saya mengandung suami sering memaki saya.. Pernah juga dia melempar bekas sabun sebab saya isi air di dalam nya.. Saya fikir masih ada lagi sisa sabun supaya tidak membazir.. Pernah juga lepas saya pulang dari kelas, suami mengunci pintu rumah.. Walaupun saya penat balik dari kelas dengan assignment menimbun, saya tetap masak untuk makan malam.. Kadang suami saya tak makan pun makanan saya.. Ditambah lagi apabila umi saya kurang restu atas pilihan saya ini.. Apabila bersama ahli keluarga nya dia kurang pedulikan saya.. Bila saya merajuk dia akan belikan saya makanan.. Tapi saya inginkan mohon maaf dan sentuhan suami sahaja..
Saya tidak pernah merasakan cinta manusia melainkan cinta kepada ALLAH dan Rasulullah saw.. Tak pernah suami saya berjalan berpegangan tangan selepas kami berkahwin.. Saya cemburu melihat pasangan lain gembira berpegangan tangan bermesra di mana².. Pakai baju warna sama.. Sedondon.. Ambil gambar selfie bersama.. Ciuman pelukan hanya diberi apabila saya minta.. Selalunya saya yang mulakan untuk mengeratkan hubungan.. Lama-lama saya penat menagih kasih sayang seorang suami.. Saya sedih kecewa atas semua yang berlaku..
Selepas 6 bulan zuriat kami lahir, suami saya tetap menyalahkan dan memarahi saya seperti dahulu.. Makian dan cacian itu biasa.. Mental torture.. Umi ayah saya tak pernah buat saya sebegini.. Masih sama perilakunya.. Untuk mencari pengasuh anak juga terletak di bahu saya.. Bagaimana saya ingin sambung pengajian bulan 9 ini sekiranya pengurusan anak 100% di bahu saya? Saya dah rujuk kaunselor dan pejabat agama.. Tapi mereka kata, selagi nafkah diberi, proses tidak boleh diteruskan.. Saya redha.. Saya sentiasa berdoa agar keluarga kecil ini dilimpahkan sakinah mawaddah mahabbah wa rahmah.. Kalian pun tolong doakan kami ya.. Terima kasih..




