Saya mohon pandangan semua. Saya Mamat, 26 Tahun. Isteri Saya Nor, 25 Tahun. Kami dari utara tanah air. Ibu Nor melamar saya untuk anaknya, seakan tahu saya memang meninati anaknya dalam diam. Walaubagaimanapun, kami tidak bercinta sebelum kahwin. Hanya soalan ringkas dan yang penting sahaja semasa tunang (Tempoh tunang 5 bulan). Kami tinggal di kampung bersebelahan. Banyak aktiviti antara kampung menemukan kami sebelum ini Kami baru berkahwin selama kurang sebulan. Isteri saya sangat manja dan penyayang, dari kami nikah hinggalah hari ke-6 pernikahan, Sepanjang tempoh ini, dia banyak bercerita tentang dirinya dan masalah keluarganya. Dia qiamullail hari hari, mengaji berpuluh muka surat Al-Quran sehari, sangat rajin di dapur dan sangat manja.
Sepanjang tempoh ini juga, saya tidak dapat mengabiskan masa yang banyak dengannya, kerana saya menjaga ibu saya yang uzur di hospital. Banyak kali isteri saya mahu mengikut saya ke hospital, tapi saya menyuruhnya berehat di rumah kerana tidak mahu die bersusah. Masalah yang berlaku adalah pada hari keenam pernikahan, isteri saya terpakse pulang ke pengajian diplomanya di UIA. Sebaik sahaja sampai di kolej kediaman, die seakan menajadi seseorang yang berlainan. Sedangkan semasa dalam bas, kami berwasap seperti biase, namun sebaik sampai Di Universiti, die menjadi seakan menjauhkan diri. Berjela ditanya, sepatah dijawab. Pada keesokan harinya, ibu saya meninggal dunia, dia tidak balik kerana menguruskan pendaftaran akademik dan asrama (repeat sem).
Die terus berkeadaan sebegitu sehinggalah die pulang pada minggu berikutnya. Saya pada hujung minggu itu sibuk dengan urusan tahlilan ibu saya dan melayan tetamu yang tak henti henti datang melawat keluarga saya. Saya cube bertanya masalahnya, tapi isteri saya hanya cakap “saya OK”. Selepas itu , die pulang ke pengajiannya kembali. Minggu berikutnya dia memaklumkan tidak dapat pulang kerana ada tugasan, dan minggu satu lagi die meminta saya melepaskannya kerana perkahwinan ini memberi tekanan kepadanya. Dalam tempoh 27 hari usia perkahwinan dia hanya menjumpai saya selama 7 hari dan meminta cerai di mana pada saya ianya sesuatu yang tidak relevan. Alasan yang diberi juga tidak konsisten: Mencintai lelaki lain/ saya melebihkan ayah saya/ dia dipaksa kahwin (sedangkan dia tidak dipaksa). Ape pandangan para pembaca?
1) Isteri saya tidak didatangi haid selama 2 tahun
2) Dia pernah memaklumkan nak mengikut arwah ayahnya yang telah meninggl dunia
3) “Awak belum tahu lagi saya macam mana. Kadang saya OK, Kadang saya tak OK”. Ayat ini dikatakan semasa die masih manja.
4) “ Saya tak boleh emosi sangat, kalau saya emosi, makan masa lama nak pulih” Ayat ini dikatakan semasa die masih manja.
5. Semasa bertunang, pernah juga dia balas mesej sepatah bila ditanya, tapi saya sangka baik die bizi atau pun letih
6. Semasa tunang juga, pernah die tiba tiba minta maaf sekiranya ade perlakuannya yang membuat kan saya dan kelaurga annoying…



