Assalamualaikum, Bile terbaca kisah isteri mengandung diceraikan sejujurnya saya amat sedih dan teringat kisah saya satu ketika dulu yang mana saya juga diceraikan ketika hamil 3 bulan melalui lafaz taklik “saya akan tunggu awak sehingga awak bersalin”.Apabila dirujuk ke pejabat agama, jatuh talak setelah isteri melahirkan. Ketika itu usia berkahwinan kami lebih kurang 6 bulan.Masih dalam mood honeymoon bagi setengah pasangan. Ketika itu saya mula keliru dengan pelbagai perasaan yang saya rasa. Sedih apabila fikir yang saya akan kehilangan suami apabila melahirkan nnti. Gembira apabila yang saya akan melahirkan anak pertama saya.
Pada awalnya saya pernah terfikir untuk menggugurkan anak saya ketika itu dek perasaan marah saya pada suami tapi dari hari ke hari saya mula rasa apa yang saya lakukan pada dia sangat tidak adil. Apabila dia mula bergerak ketika itu usia kandungan sudah masuk ke 5 bulan,Allah hadirkan 1 perasaan yang sangat istimewa. Ia juga membuatkan saya terus bersemangat untuk mencari dan mengumpul sebanyak banyak kekuatan utk baby. Alhamdulillah berkat doa, sokongan dan pelbagai amalan saya mendapat kekuatan itu. Saya lebih mendekatkan diri saya kepada Pencipta. Saya luah dan kebergantungan saya hanya pada Dia.Dan apabila saya mula memafkan dan mula redha dengan apa yang akan Allah tetapkan untuk saya dan anak saya kelak, saya mendapat lebih banyak kekuatan. Saya tidak lagi meratapi nasib saya malah saya terus berusaha untuk menjadi seorang isteri yang baik,Setiap hari saya pohon ampun pada suami.
Saya hanya ingin segala urusan saya dipermudahkn dan dapat melahirkan anak saya dengan mudah dan lancar. Saya tidak menggangu hubungan suami dan kekasihnya ketika itu. Dan kalau boleh saya xnk tau dan kenal siapa orang yang telah bertahta dihati suami saya menggantikan saya ketika itu. Malah saya pernah mengeluarkan pendapat bahawa saya ingin bermadu. Tetapi suami x mau. Katanya dia tiada hati langsung pada saya lagi. Saya selamat melahirkan anak melalui kaedah pembedahan.Walaupun saya berasa pelik kerana saya tidak pernah mengalami dan merasai sakit atau construction macam org nk bersalin, saya yakin Allah juga lah yang berkuasa ke atas setiap makhluknya.
Saya melakukan pemeriksaan berkala tanpa culas.Tetapi anak saya telah overdue lebih dari 10 hari. Pada hari pembedahan,Allah yang gerakkan hati saya untuk membuat pemeriksaan di hospital besar dan mereka dapati air ketuban saya sudah pon kering, jantung baby sgt lemah.Mereka terpaksa menjalan emergency operation ke atas saya untuk mengeluarkan baby. Baby tidak lagi bersuara ketika dia dikeluarkan, malah tidak bergerak.Saya sgt berasa bersalah.Tapi Allah Maha Penyembuh, saya mendengar tangisannya selang beberapa minit. Menurut doktor anak saya sudah termakan najisnya sendiri.Dan sekarang usia anak saya sudah hampir 15 tahun. Saya tidak pernah berhenti bersyukur dengan apa yang telah saya lalui sebelum ini.
Kerana itu Allah pinjamkan saya seorang suami dan anak-anak yang sangat sempurna. Kalau nak tau selain mendapat kekuatan dari kaluarga dan sahabat, saya mendapat kekuatan selepas sesi kaunseling terakhir saya dengan bekas suami ketika di pejabat agama. Ketika itu usia kandungan saya sudaj hampir 9 bulan.Dia memohon maaf pada saya, katanya saya adalah seorang isteri yang baik,menjalankan tanggungjawab dengan sempurna.Tapi ini adalah soal hati.Ketika saya mendengarnya, saya berasa amat lega kerana terjawab segala tandatanya saya adakah saya bukan seorang isteri yang baik?Saya amat berasa lega ketika itu.Perkongsian saya ini bukanlah utk menunjukkan siapa yang benar siapa yang salah. Ia lebih kepada yakin kita kepada rahsia Allah.Jodoh itu adalah rahsia Allah.Walaupun kita adalah seorang pasangan yang cukup baik untuk pasangan kita, tapi Allah lebih Mengetahui.
Teruskan berbuat baik terhadap pasangan.Peliharalah sebaik baiknya aib pasangan kita.Saya tahu di luar sana byk lagi rumahtangga yang sedang diuji.Malah lebih teruk dari kisah saya ni.Tapi sekiranya berlaku keganasan rumahtangga, buatlah tindakan yang bijak.jangan jadi macam ecah pulak..hihihi..Ketika itu keluarga dan shbt terdekat sgt risau takot2 saya meroyan. Tapi alhamdulillah macam saya ceritakn tadi, kebergantungan saya hanya pada Allah dan saya melalui proses berpantang dengan baik dan sihat walaupon ketika itu proses penceraian saya sudah mula berjalan. Saya dalam iddah ketika saya berpantang. Saya membesarkan anak saya dengan bantuan keluarga tanpa seorang yang bergelar suami dan bapa.Ingat ye semua..Kita sentiasa merancang untuk mendapatkan yang terbaik dalam hidup kita..Tetapi Allah juga Maha Perancang dan sebaik baik perancang.Dia sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk setiap hambay Nya. Dan selepas usia anak saya 4 tahun, Allah hadirkan dan pinjamkan lagi saya seorang yang bergelar suami. Dan kini saya sentiasa berdoa dan berharap agar ia akan kekal sampai syurga Allah..Aamiinn