Saya buat fake akaun kerana tak sanggup mendedahkan identiti sebenar. Saya bercerai dengan suami setahun yang lalu. Ketika penceraian saya sedang mengandung tapi saya tidak tahu. 7 tahun hidup bersama suami saya menjadi tunjang ekonomi keluarga. Awalnya suami memang panas baran mudah melenting dan pernah naik tangan tp kerana ingin menahan saya dari keluar dari rumah dia tidak sengaja.
Tapi tahun demi tahu. Dia berubah dan menjadi suami yang baik dan memahami. Namun kami diuji dengan kewangan. Suami jatuh susah sehingga saya membuat pinjaman peribadi untuk membantu tapi gagal dan terkandas. Kami terpaksa menyewa bilik dengan anak kecil kami yang berusia 2 tahun. bilik yang dipenuhi tikus dan sukar mencari punca air sehingga terpksa membeli mineral. Saya cuba kuat namun yang menjadi racun apabila keluarga suami mengharapkan saya kerana kejatuhan ekonomi mereka. Tiada duit tangan, tiada duit makan saya mudah simpati melihat rumah mereka tiada makan. Walau kami susah saya cuba membantu sebaiknya.
Sebenarnya gaji saya hampir rm4000 sebulan namun kerana perlu membayar loan kereta sewa rumah anak pampers susu, keluarga suami dan sebagainya menyebabkan saya dan suami jd sangat susah. saya jadi sangat membenci suami. Pernah saya mengandung perlu makan roti kering pagi tengah hari dan malam. Saya mengorek tabung tapi tiada siapa tahu. Keluarga saya senang tp saya tdak mahu menyusah mereka dan menjatuh suami memandang saya yang memilih suami. Lagipon mereka pandang saya kerja elok. saya tidak mahu menjatuhkan maruah suami kerana dia bertanggungjawab hanya bab kewangan dia tidak bernasib baik.
Ketika saya memohon cerai ketika itu saya tidak tahan dengan salah seorang keluarga suami yang kerap mempergunakan saya, mencuri duit saya, berhutang sana sini dan akhirnya saya kena membantu. Pampers anak tiada. Anak tiada makan dan mcm2 lg yang saya selalu smpati dan kesian dgn tangisan dia sdg saya bekerja siang mlm tp dia duduk sahaja. selepas habis eddah baru saya terfikir adakah saya terlalu membenci suami sehingga meminta cerai kerana hormon mengandung. selepas tamat eddah perasaan benci serta merta hilang.
Dipendek cerita suami melepaskan saya dlm keadaan tidak rela kerana tidak mahu melihat saya dipergunakan dan ditindas namun suami tidak jemu memohon rujuk dan peluang. Namun saya tangguh kerana apa dialui trlalu perit. lagipon saya rasa saya boleh hidup tanpa suami.
Suami cari kerja luar dan hanya berjmpa kami jarang sekali. Bermula hidup saya sebagai ibu tunggal dan mengandung bersendirian tanpa suami. bukan salah suami. saya yang buat keputusan sendiri tidak memberitahu suami setiap kali ada check up. Check up, tumpah darah, hampir gugur, masuk hospital, pergi hospital smua sendiri saya tdak beritahu suami atau keluarga.
Keluarga saya berpisah jd akibat perpisahan itu buat saya menjauh diri dan banyak berdikari dan pendam perasaan sndiri. ibu dan ayah saya bercerai jd saya hidup sebatang kara dan salah satu sebab saya memohon cerai mgkn terkesan dengan perpisahan keluarga saya.saya akui saya bodoh mgkn ketika itu mengandung saya tidak boleh berfikir waras dengan tekanan. saya tiada kawan atau keluarga untuk meluah..semuanya saya pendam. Saya krem, tidak boleh bangun, nak bersalin semua sndiri hingga naik ambulans. Sampai saat melahirkan baru saya beritahu suami. Suami msh merayu untuk sayaa menerimanya, saat ini saya rasa saya kuat boleh hidup tanpa suami tp pd masa keluarga suami msh meminta duit dr saya walau kami sudah bercerai.
Saya selesaikan urusan bersalin dahulu. Lepas anak lahir baru hati saya trbuka untk kmbli brsama suami namun saya kadang2 keliru dgn kptsn untk kmbali pd suami. Saya dinaikkan pangkat dan keluarga suami ckp lepas ini boleh suruh suami duduk rmh jaga anak, saya menanggung suami. Keluarga suami mula lagi ingin meminjam itu ini dengan alasan anak tiada pampers tiada makan dan ingin bayar hutang. saya mula naik dengan kehidupan namun salah seorang keluarga suami walau kami sudah bercerai masih meminta itu ini kerana dia tahu saya mudah simpati dan bodoh percaya dengan kisah sedih dia.
Saya tersepit ingin terus perkahwinan atau tidak. Anak sangat rapat dngan ayahnya. Tp akibat keluarga yang takhenti memperguna saya membuat saya ragu2 untk kembali. Sehebat mana saya. Saya msh seorang isteri. Msh ingin dlindungi suami. Msh ingin meminta nafkah suami. Apabila saya dpt minta walau rm10 pon saya dah cukup gembira.. Mungkin selama ini segala diatas bahu saya. Tarikh nikah semakin hampir. Tapi saya buntu dan berbelah bahagi. Apa patut saya buat..




