assalamualaikum semua.. maaf sebab aku tpaksa meluahkan rasa hati yang berat ni.. usia pkahwinan da 7 tahun anak 2 orang.. 7 tahun ni orang kata usia yang kita baru mula boleh rasa selesa dengan rumahtangga kita kan? baru nak lepas dari sesak2.. tiba2 suami petik bab nak kawen lain.. atas sebab kekurangan dia yang bimbang tak dapat nak kawal keinginan dia.. dia tak nak berdosa dan dia juga nak aku redha kan, bagi dia jalan untuk dia mencari someone tu..
Aku tahu aku banyak kekurangan dlm rumahtangga, n aku faham kl fitrah orang lelaki tu memang suka n tertarik pada perempuan, tapi bukan kah mengimpikan keluarga yang bahagia n kukuh tu lebih indah berbanding mengimpikan memiliki isteri baru? sedih, marah, memberontak, sakit hati, sesak jiwa raga aku.. dan 1 lagi permintaan dia, if 1 fine day dia kawen lain dia tetap nak aku ada bsama2 berbaik2 dengan isteri ke 2..
bende yang paling aku takutkan, tak sangka sekarang aku diuji.. besar sungguh ujian allah hadiahkan untuk aku.. sekarang aku rasa hidup aku 0, hancur semua, keluarga yang aku rasa dah sempurna ni dah takada manisnya.. walaupon mungkin die blum buat tapi die akan buat jugak 1 hari nanti.. rasa macam orang gila tak boleh nak tido n asek nak meraung.. masih banyak lagi yang belum sempat aku buat dengan dia n anak2, tgok pasangan lain berpimpin tangan pon aku rasa nak meraung.. pedihnya hati, kecewa teramat sangat.. smua nya rasa janggal skrg.. nak pandang muka dia pon rasa taksanggup, ntahla, bukan benci tapi jauhhhhhhh sangat hati ni..
Adakah bila suami nyatakan niat nk kawen 1 lagi tu isteri perlu melatah?adakah isteri ni perlu btul2 psg strategi untuk menangi kembali hati suami supaya takada lagi ruang keinginan dia untuk kawen lain? atau adakah aku perlu terima je semua ni dan tunggu je bila waktu tu tiba? selfish ke kalau aku menolak untuk berkongsi kasih? perlu ke aku korbankan diri aku untuk tetap bsama dia n bakal isteri baru dia nnt?
katanya sayang sangat2 pada aku, anak2 n keluarga kami tapi apakan daya dia tak mampu nak lawan keinginan hati dia.. suami aku memang seorang yang nekad, a kata dia maka a lah jadinya. tolonglah doakan aku, kl memang ini takdir hidup aku, smoga allah lapangkan dada aku, kuatkan hati aku.. aku btul2 bharap aku boleh hadapi dugaan maha hebat ini.. -isteri berjauh hati-




