Assalamualaikum min tolong siarkan dan hide profile saya. Saya cuma minta pendapat, nasihat dan cara saya nak menghadapi situasi yang saya hadapi sekarang. tapi lari tajuk min apa yg saya nak sampai kan ni. Ibu ku janda sudah kematian suami beberapa tahun lalu. Mak kerap ajak seoarang lelaki balik rumah tanpa rasa segan silu depan anak2. Si Lelaki tak guna tu dr Utara dtg ke selatan. konon nak tengok tanah pusaka dkat sini. padahal uma adik beradik dia ada je dekat sini tp sibuk menumpang tidur umah kami. benda ni dah banyak kali berlaku sampai aku rasa mcm dah naik benci dengan perangai diorang.
Aku bukan anak yang baik tapi kalau benda tu salah aku akan memberontak. Mak aku ni tak pernah nak mengaku salah. Dia saja yang betul.. Jantan ni sudah bercerai dgn isterinya .Masa ayah aku hidup tak pernah sekali pn dia datang. Lepas arwah tak ada dia kerap dtg tumpang tidur. Mak aku mengaku yang jantan ni sepupu nenek aku, memang betul.
Tapi min 2 hari lepas jantan ni datang lagi Dalam pukul 12 lebih malam aku tak tahu pun dia datang tapi hati ni tergerak nak keluar pegi dapur dan aku nampak bungkus makan atas meja. aku berlarilah anak pergi ke bilik mak aku nak tnye sape punya makanan ni. ketuk punye ketuk mak aku kunci bilik dari dlm,bila dia buka pintu aku terkejut gila sampai menggigil2 bdn.
Kenpe dlm bilik dan kunci pintu 2 orang? buat apa?. mak aku cakap atok kau kunci salin baju. Haaaa?? lagilah aku rasa lain mcm. aku terus pegi uma akk aku dekat sebelah.. tnye diaorang bila jantan tu dtg? diorang tnye knpe. aku cerita dkt akk aku. . lepas aku cool sikit aku balik uma masuk bilik. abg aku dkt luar dgn kwn2 dia tnye knpe.. abg aku terus pegi depan pintu mak aku dan cakap dkt lelaki tu “Ni ada kang yang kne mlm ni kang “. jantan tu balik sambil mak aku teman pergi ke kereta.
Lepas tu mak dan abg aku gaduh. sampai ke hari ni aku tak baik lagi dgn mak aku. Kalau korang dkt situasi aku apa patut korang buat? tolong bagi aku cara nak selesaikan masalah ni? keluarga aku gaduh sebab masalah nilah. nilah punca utama kami bertekak. tak tahu nak nasihatkan mcm mana lagi dkt mak aku. kalau kteorang cakap dia je yang betul dan seolah2 dialah mangse anak2. Mohon doa Allah sentiasa bersama kami.