aslkum min. tolong hide fb ni. saya pakai fb husband nanti delete balik. ada tak wife2 diluar sana menghadapi situasi mcm saya kat bawah. antara tanggungjawab seorang perempuan selepas kahwin adalah mengurus rumah. masalah saya kalau saya nak mengemas rumah, husband kadang tak bagi. dia akan buat semua. Dari basuh baju, sidai baju, angkat baju, lipat baju, cuci bilik air, sapu mop rumah dll(semuanya la senang citer ). tugas saya kadang2 hanya masak je. tu pun sometimes dia masak. kalau dtg angin kemas dia, kalau dia balik kerja mlm pukul 10 kalau rumah sepah sikit dia terus kemas kadang siap sampai 3/4 pagi. tip top min takde habuk langsung. semua berkilat. tv pun dia lap. Dari awal kahwin sampai dah 3 tahun. aku kahwin dgn dia cuci kaki je semua dah Ada motor kereta barang rumah.
sekarang tengah pregnant anak first dah masuk 8 bulan lagi la dia suruh duduk je kalau jalan rumah adik beradik dia semua rumah kemas min. utk pengetahuan adik beradik husband 5 org. 4 lelaki satu perempuan. Kakak husband duduk sarawak jarang balik semenanjung. so kalau adik beradik lelaki berkumpul semua rajin2 min. terkejut saya. Ada yg sapu Ada yg basuh baju Ada yg masak(semua pandai masak woo). mak pak mertua goyang kaki je. kadang bapak Mentua mask mmg ummpphh. kadang berbual dgn ipar duai perempuan rupanya semua adik beradik perangai sama. semua pembersih. rupanya mak Mentua ajar anak2 laki masa kecik lagi dah buat kerja rumah.
mak Mentua cakap kalau anak perempuan jauh, anak lelaki je la yg boleh diharapkan. mak Mentua Ada citer dulu sblm anak lelaki kahwin, mak mertua nak anak2 lelaki dia serba boleh. skrg dah besar semua alhamdulilah. dah last min. tu je nak citer. penat taip lama2
kepada husband, bagi la saya kemas rumah jugak. nak merasa jugak kepuasan kemas rumah sampai bersih. sesekali bagi saya pulak kemas rumah ye. lap you hubby.




