Salam.. Admin krt mohon siarkan luahan saya ni.. Cerita mcm ni, 29/05/2019 aku gaduh besar dgn suami.. Puncanya sbb duit.. Masa tu aku tgh nak bankinkan duit akak aku.. Dia mintak tolong bankinkan sbb dia nak beli barang anak dia.. Aku tolong la.. Kebetulan dia ada depan aku masa tu.. Aku ckp lah nak bankinkan utk kakak.. Lepas tu aku bergegas pergi cari pensil sbb nk tulis no tac.. Tak lama tu, dia ckp aku ni beli barang tak pernah nak bagitahu dia.. Aku balas la selama ni aku beli barangpun bukan yg bukan².. Kalau dia nak beli dadah boleh pulak tak bagitahu aku.. Pastu dia jwb, duit dia, tahu lah dia nak bt apa.. Lg pun duit tu dia dah serahkan dekat aku..
Aku tahu lah selama 4tahun ni aku hidup bergantung dgn duit dia.. Makan pakai aku dia tanggung.. Tapi dia tak fikir masa aku kerja sekejap, bila tak ada duit, aku yg keluarkan duit.. Pastu dia ckp aku tinggikan suara dgn dia.. Masalahnya, dah nada aku mmg jenis mcm ni.. Belum sampai tahap aku nak ckp guna kau aku lg tp bila dia, boleh pulak guna kau aku masa gaduh.. Jenis dia nak aku hormat dia, jgn tinggikan suara dgn dia.. Tapi dia tak nak hormat org lain iaitu mak dia sendiri.. Bila bercakap tu sampai menyakitkan hati.. aku yg dengar ni pun blh sakit hati, lgkan mak dia.. Bila mak dia ckp “mak bukan nak ckp ni balasan utk xxx tp benda ni sebelum kau kahwin lagi, kau ckp dgn mk mcm mne, sampai mak menangis”..
Lepas bertekak dpn mk ayah dia.. Dia ungkit semuanya aku tahu lah duit dia tapi tak payahlah sampai susu anak pun nak ungkit dia yg belikan sememangnya tu tanggungjwab dia.. Lg 1 dia ckp, buai pn pakai buai elektrik.. Tu pun tak bersyukur.. Masalahnya tu buai, buai dr ayah dia.. Ayah dia punya.. Ayah dia yg beli.. Dia tak keluarkan duit utk buai tu pun n aku masa tu jwb aku lg bersyukur kalau dia tak amik dadah.. Lg 1, dia ckp aku bg duit dkt adik beradik tak bgth dia.. Aku bg rm50 je tu pun sbb nak byr hutang arwah emak aku.. Lg pn ayah dia ad bg duit utk aku melahirkan.. tp masalahnya duit tu pun abes gitu, beli keperluan aku pun beli jamu je.. Sedih sgt bila dia ungkit pasal duit.. aku tahu aku tak keja, tak ada duit sendiri.. tp masa aku kerja, aku pun ada keluarkan duit utk makan.. Siapa yg tak bersyukur sebenarnya? Lg 1 min, dia ckp dia bg aku 1k tiap bulan pn xckup.. Mmg xckup sbb aku bt utk makan, beli keperluan anak..
Dia tak ada nak ckp ” Nah syg rm100 bt beli brg syg” Dia cuma bg 1k tu.. Jd bini ni tak ada keperluan tiap bulan ke? Dia tiap bulan beli dadah boleh? Hati bini mana tak memberontak.. Bini mana nak redha bila jd mcm ni? Aku tahu tu duit dia, dia yg kerja.. Tp dia tak fikir bini dkt rumah jaga anak²? Masak utk dia? Basuh baju dia? Jaga rumah dia?? Salahkah aku yg bergelar seorang isteri tak tiada income utk merasa beli itu ini? Adakah aku ini layak hanya utk jadi bibik dia? Maaf cerita ini pun ada yg shortcut.. Kalau tak shorcut, makin panjang ceritanya.. Tolong hide nama sy ya admin.. Tq..




