admin ni fake acc aku ya. mohon hide. hanya luahan perasaan. suami ada follow page ni. nama dalam ni semua nama samaran sahaja. Ditakdirkan aku kahwin muda. Suami aku. Boleh dikata imam muda. Kisah kahwin kami mungkin seperti drama tv3. Suami kahwin dengan aku sebab nak aku berubah. Aku terima dengan iklas. Memandangkan aku yatim. Keluarga aku sangat susah masa tu.
Sekarang sudah 8tahun mendirikan rumah tangga. Kami dikurniakan 4 cahaya mata. Dua lelaki dan dua perempuan. Aku? Sebolehnya menjadi yang terbaik untuk suami. 8tahun berkahwin. Belum pernah lagi kami bergaduh. Aku turutkan semua. Segala. Sehinggalah tahun ini.
Adik beradik suami ada 5orang dan semuanya lelaki. Angah dah kahwin dengan wanita pilihan hati dari johor. Sudah setahun. Keluarga isterinya pun orang yang berada. Kaya. Tahun ini giliran anyah ( adik ipar ketiga) mendirikan rumah tangga. Dan isterinya juga dari anak orang yang berada. Dan sejak ketika itu suami mula mengeluarkan putik-putik kata. Aku ingat lagi kata-kata dia pada anak sulung aku yang berusia 7tahun.
“zaffan nanti kahwin. Cari orang yang beragama. Yang berharta. Yang cantik dan keturunan baik-baik. Jangan jadi macam baba.”
Aku tengah basuh pinggan masa tu. Jujur. Aku terasa hati. Antara empat ciri yang disebut aku satu pun tiada. Dan ayat “jangan jadi macam baba” tu seolah2 dia menyesali mengahwini aku selama ini.
Malam tu aku hantar zaffan masuk bilik. Anak sulung aku cakap. ” nanti zaffan nak cari isteri yang macam mama.”
Entah kenapa air mata laju turun kepipi. Aku sedar kedudukan aku ketika itu. Sampailah 15ramadhan. Pulang dari mengimamkan tarawih. Suami menjenguk aku dalam bilik. Aku sedang susukan baby naurah ( anak bongsu kami berusia 6bulan) Tiba2 suami mengeluh berat. Duduk dihujung katil.
“kenapa bang? Jemaah kurang ya?” aku bertanya. “Tak. Ramai je. Andak nak hantar merisik lepas raya ni.” jawab suami. “Andak (adik ipar ke empat)nak kahwin?” soal aku agak terkejut. “ye. Nak kahwin. Bakal isterinya tu anak pengarah xxxxxx.. Kaya. Lawa budaknya”. Suami memulakan cerita. ” oooo.. Nanti kenduri boleh la saya tolong-tolong masak bang.”
Terus suami aku bangun dari katil. Ayatnya aku ingat sampai harini.
“abang malu. Adik2 abang semua kahwin dengan anak orang kaya. Orang cantik2. Abang pulak dapat awak. Sekarang bukan main gemuk lagi. Kerja awak makan tidur duduk kat rumah ni. Terus aku terdiam. Benar yang aku duga selama ini. Dia mula menyesali perkahwinan antara aku dengan dia.
Abang.. Yam gemuk sekarang.
yam sedar lepas lahirkan naurah berat yam tak turun lagi Yam tak sempat nak berbengkung. Yam tak sempat nak bersolek. Yam tak sempat nak berdandan. Anak kita empat bang.
Semua tengah membesar. 1000 kali sehari panggil yam untuk uruskan mereka. Yam tak pernah cukup tidur. Dengan susukan naurah dan adam setiap malam. Sebab tu yam mata macam panda. Saat abang diulit mimpi.
Yam bangun tengokkan zara dalam bilik.
Yam pergi tengok zaffan.
Yam penat. Tapi yam tak cakap kat abang. 8tahun yam pendamkan hasrat.
Yam boleh jadi wanita bekerjaya.
Bukan tak ada peluang. Tapi ingat tak hukum yang abang pahatkan pada yam kalau yam berkerja?
Abang…
Yam redha..
Selama ini. Yam tak pernah mintak apa pun kat abang.
Hatta sehelai baju sekali pun.
Yam sedar kedudukan yam.
Taraf yam.
Yam sedar kadang abang malu bawak yam dengan anak berderet.
Tapi yam tunggu. Kalau abang benar sudah sesal dengan yam yang tak ada harta, rupa dan bukan keturunan baik2 ni.
Yam tunggu.
Yam tunggu abang lepaskan yam.
Dan yam sentiasa doa. Abang dapat isteri yang baru mengikut empat ciri yang abang mahukan dalam islam.
Yam tak kan tuntut apa2.
Cuma biarlah keempat2 anak kita berada dalam jagaan yam.
Itulah harta yam dunia akhirat.
Moga abang bahagia bang.
Selamat hari raya.
Yam mintak ampun dan maaf.
Halalkan makan minum yam dan anak2.




