Salam. Saya Kimi. Hide fb ni ya min sebab guna fb kawan. Saya lelaki, 26 tahun, bekerjaya dan berharta. Takdelah nak cakap sangat handsome tapi average good looking dan stabil. Tahun lepas, saya terserempak dengan seorang perempuan di Mersing, sangat cantik di mata saya. Senyumnya manis dan polos. Kulit sawo matang tapi kulitnya bersih. Saya tahan dia, minta no fon. Dia elak tapi saya sakat juga sampai dia bagi.
Bila saya whatsapp, dp tu gambar kartun. Tengok-tengok itu no suami dia. Beberapa hari saya nampak dia lalu beli barang. Dia suka senyum dengan semua orang. Saya namakan dia Ain la ye. Saya cakap dengan sepupu saya, Din pasal Ain. Rupanya sepupu saya pernah beli makanan yang Ain jual, dan masih simpan no fon Ain. Saya curi salin dan saya whatsapp Ain tapi bluetick. Ain ni, dari pandangan saya dan pendapat kawan-kawan dia, seorang yg sangat baik. Sopan dan lemah lembut.
Lepas Ain bluetick whatsapp saya, saya abaikanlah. Sebab dia isteri orang. Kemudian saya balik JB. Kerja. Dua minggu lepas tu, saya pergi Mersing lagi. Dan macam biasa, kami suka lepak kedai makan. Kadang kedai ni, kadang kedai lain. Satu hari tu, sepupu saya tunjuk seorang laki ni, katanya itulah suami Ain. Tapi, dalam hati saya, selalu nampak laki ni ke sana sini, lepak dengan kawan sampai lewat malam. Pernah saya nampak laki Ain ni, bawa perempuan lain dalam kereta. Beberapa kali juga. Bertukar-tukar perempuan.
Suami Ain ni, good looking juga. Kaki gym juga macam saya. Saya tanya Din, anak Ain ni berapa dah? Din kata dua dah. Tapi body dia memang cun lagi saya pun ingat anak darra. Sejak terserempak dengan laki Ain dan tahu perangai laki Ain ni, saya terus jatuh kasihan dan jatuh hati dekat Ain. Saya takde fb. Jadi saya selalu stalk Ain guna fb Din. Ada satu post tu, laki Ain tag kata Ain sakit terkena buatan orang. Dan saya follow. Bukan follow sebab apa, sebab saya terdetik perempuan cantik begini dan baik begini pun ada yang nak buat. Siapa?
Post Ain di fb semuanya bersifat ketuhanan dan agama. Ilmu, nasihat dan motivasi. Saya tertarik pada peribadi dia. Selepas dua bulan, lepas saya nampak suami Ain memang tak pernah keluar dengan Ain atau anak anaknya, saya curious. Saya whatsapp Ain dan tanya khabar and status manalah tahu dah janda. Ain bluetick. Allah, setianya dia. Bila saya cakap saya nak kawan, dia balas “saya isteri orang. maaf.” Kalaulah dia tahu suaminya kaki perempuan.
Saya dapat tahu ayah Ain ada kedai makan, saya pergi juga kadang lepak. Kadang-kadang Ain datang sekejap-sekejap. Suaminya hantar. Lepastu suaminya terus pergi semula. Ain bawa anak-anaknya juga. Saya perhatikan dia, memang dia tak berapa banyak cakap. Cakap sikit sikit dan bukan jenis perempuan galak. Pakaian yang sopan dan menutup. Dia suka pakai jubah dengan bawal lepas.
Ada satu malam tu, pukul 11, saya berlima lepak di gazebo kedai ayah Ain. Lepastu macam biasa, Ain datang, bawa anak. Kali ni saya nampak perut Ain ada isi. Mungkin selama ni dia pregnant tapi perut masih kecil. Macam biasa juga, suami Ain drop mereka di kedai dan suaminya pergi semula. Saya pinjam motor sepupu, saya follow suami dia dari jauh. Suaminya laju ke arah kedai makan menghala ke Rompin. Dia jumpa seorang perempuan. Mesra. Lewat juga balik.
Kemudian, pukul 2.30 pagi camtu, suaminya bawa perempuan tersebut naik kereta. Saya follow. Masuk ke satu rumah saya syak itu rumah yang Ain dan suaminya duduk. Around sejam juga kemudian suaminya hantar perempuan tu, balik rumah. Mungkin rumah perempuan tulah. Perempuan tu pakai baju ketat, seluar Jean ketat, gemuk, hitam rupa mamak. pakai selendang nipis. Saya menangis. Saya tak tahu kenapa menangis tapi saya sedang rasa kecewa kalau saya di tempat Ain.
Saya whatsapp Ain, saya cuma nk bagi hint yang suaminya begitu. Saya betul kasihan tengok dia lintang pukang seorang dengan perut dan anak lakinya dua orang. Ain balas tapi sepatah sepatah. Kemudian saya cuba psycho dan pusing ayat. Saya dapat tangkap Ain ini sedang kecewa dan makan hati. Patut lah dia makin kurus dan sangat cengkung. Dia lawa sumpah lawa. Saya cuba cakap, awak tahu suami awak kat mana sekarang? Dia balas, “Tahu, dengan perempuan lain sekarang.”
Saya tak bagitau pape eh, tapi saya wonder camne Ain boleh tahu. Rupanya Ain hack whatsapp suaminya dah berbulan-bulan. Dia scan dan jejak lokasi suaminya sendiri. Takkan selama itu dia tahan kecewa dan makan hati? Ain kata ya, sebab suaminya baran. Tak boleh ditegur pasti kena maki dan herdik. Dan sudah berani naik tangan. Saya korek lagi tapi Ain taknak bagitahu. Ain block saya. Ain ignore saya. Sumpah saya jadi jatuh sayang dan cinta pada dia walaupun dia isteri orang. Tapi keperibadian dia buat saya tak boleh lupakan dia. Bantulah saya.
Min, saya tukar no lain sebab no lama kena block. Saya whatsapp Ain lagi. Dia balas. Dan kali ni dia cerita dia sudah tuntut fasakh. Saya sanggup kutip dia. Saya sanggup jaga orang sebaik dia kalau suami dia layan dia macam sampah.
Ain cerita semua min. Allah gugur air mata. Rupanya, Oktober 2017, Ain beranikan diri muncul depan suaminya dan perempuan lain tu, baru nak masuk rumah diorang. Rumah tu, Ain yang cari, yang kemas dan jaga. Ain yang bayar deposit dan bantu urus. Tapi dibuat hotel tempat zinna.
Rupanya min, Ain ss semua bukti whatsapp dan dia rekod suara suaminya berbual dengan perempuan lain guna Bluetooth. Dia intip suaminya sendirian dengan perut yang sarat min. Dia lempang perempuan tu tapi suaminya back-up perempuan tu. Rupanya min, skandel suami Ain lah yang sihir Ain sampai matti selera tak boleh makan dan tak boleh tidur, sampai cengkung dan Ain didiagnos PND (post/pre Natal depression) sampai dapat sakit jantung min.
Sampai dia dikawal rapi takut PPD (postpartum depression/meroyan). Ain tak bagitau sesiapa sebab dia malu. semua orang ingat suami Ain ni baik. Dia pun tak sedar dia depresi. Dia selalu kena kacau hantu sihir tu dan kena cekik masa tidur. Badannya bau bangkai kalau suaminya ada dan Ain kena jangkitan juga sebab suaminya main perempuan. Allah. Berat betul dugaannya. Dah setahun min, kes tuntutan fasakh Ain belum selesai sebab suaminya tak bagi kerjasama. Rupanya selama ni sepanjang pregnat, Ain seorang di rumah urus semuanya.
Suaminya cuma balik makan dan tidur. Itupun Ain dilayan seperti sampah dan diherdik. Ain bijaksana. Dia memang licik. Dia belajar semua urusan mahkamah dan cara nak menang kes. Ain simpan bukti lebam dan kesan kena pukul. Ain ss semua whatsapp maki dan marah yang dihantar suaminya. Setakat svndal, b0doh, bini syal, bini babbi semua dah biasa. Jauh betul beza sifat suaminya dengan Ain. Umpama Firaaun dengan Asiyah.
Dan, sampai sekarang saya masih cintakan Ain. Saya tak boleh lupa dia. Cara dia cakap masa ambil order makan kat kedai ayahnya. Senyuman ramah dia. Cara cakap dia. Lagi satu, Ain tak pandang mata lelaki. Masa dia hantar air dan makanan kat kedai ayah dia, (sambil sambil tolong je bukan kerja), dia tunduk je kalau saya tanya tanya, dia tak pernah langsung pandang muka saya. Sekarang Ain dah berisi sikit tapi sumpah saya tak nak dia gemuk sangat suaminya pula suka perempuan gemuk. Taste babbi kot.
Saya tak kisah lah gemuk chubby. Tapi kenapa pilih yang gemuk, hitam, ahli sihir pulak tu. Memang majoriti skandel dia camtu. Buta kayu kot. Muka je handsome tapi perangai macam jig0lo b0hjan. Saya, rela kena kecam sebab sayang isteri orang. Tapi tolonglah bagi saya pendapat dan tips untuk saya rawat perasaan saya ni. Saya tak taulah jatuh hati sangat dah dan rindu tak berkesudahan. Saya hari-hari ternanti-nanti bayang dia lalu beli barang. Angau juga kalau ternampak dia. Bantulah saya.




