salam min. aku sedih lah. lepas sahur tadi laki aku tampar aku 2 kali kes nyer sebab dia mintak duit tapi aku tak bagi. masalah nyer ak tak bagi sebab semalam aku dah renew roadtax insuran kete dah abis 700. aku ni tak keje. aku jual kueh tu pon carik order online je.. seminggu puasa ni aku buat order double min nak bayar roadtax kete.. sampai tangan aku sakit sebab carik duit nyer pasal.. tu lom kira untuk bajj raya lagi dan persiapan raya. harini dah lah tangan sakit. hati sakit.. kene penampar lagi. sakit kene tampar min.. bln puasa lak tu . 1 kali dia tampar kt pipi aku rasa mcm nak tercabut gigi aku . lg 1 kene kt kepala smpi aku rasa nmpk bintang. dia tampar depan anak2 pulak tu.
Aku dah lama tahan dengan perangai dia ni. kawen dh 14 tahun tapi tak penah aku rasa happy dengan dia. aku cuma rasa happy dengan anak2 je. dia ada kencing manis.. Jangan kan nafkah wik2 kalau dia pandai buat aku senyum dengan lawak dia pon dah ok dah ni lansung tak call aku pon jrg2 cuma hal penting je. tapi kalo aku call dia .. memabg 17 kali miss call pon lom tentu dia call back. Dah bertahun2 aku rasa macam janda. Pergi mana2 sensorang. Pergi beli barang niaga pon sensorang. urus anak2 sekolah sensorang. handle problem sensorang.. baiki kete rosak pon sensorang.. kalo ada kursus ke.. mesyuarat smpi tengah mlm ke dia tuduh aku g melac*r min padahal yang aku buat ni cuma untuk masa dpn anak2 aku je..
Aku kalo ngadu problem kt dia memang aku yang kene balik.. memang tak ade lah dia nak back up aku.. dia p back up orang yang buat masalah tu bkn bini dia. aku dh byk kali mintak cerai tapi dia tak nak lepaskan. alasan dia kalo dia lepaskan aku memang ramai orang nak kat aku. tapi dia yang dah dapat aku ni dia tak jaga hati aku baik2. kalo cerai dia nak anak2 semua tapi bukan dia yang akan jaga.. dia nak anta balik kampung dia suruh mak dia jaga.
Dah lah kat kampung dia tu banyak kes. nanti tak pasal2 anak aku tak jadi orang ..
aku tak tau lh dia kawen dengan aku ni untuk apa min.. kalo dia cuti pulak .. manjang dok dalam semak. Pergi dalam hutan.. bukan nyer nak ajak aku g jln2.. bawak pergi pasar pon aku dah happy sangat dah. sebab tu ramai fren fb ke kawan2 yang baru kenal aku diorang ingat aku janda min.. sebab laki aku tak penah nak join aku pergi niaga ke.. atau bawak aku pergi jalan2. sebab dia cakap kalo urusan aku ni bukan urusan dia. dia taknak amek tau. Aku tak tau nak buat apa..




