Assalamualaikum.Saya dah tak mampu pendam sorang2. saya perlukan kekuatan untuk teruskan prkahwinan yang dibina hmpir 2 tahun lalu. Saya ni seorang isteri,berumur 24 dan baru melahirkan seorang cahaya mata pertama pada bulan lepas. Apa yang membuatkan saya kemurungan sepanjang prkahwinan ini ialah tentang kisah silam suami. Tak brpa lama slps mnjdi isterinya baru saya tahu tentang ini. Sewaktu bujang dulu dia pernah melanggan pelac*r. bukan sorang dua. ramai. pelac*r china vietnam pulak tu.
Ya Allah hncur luluh hati saya smpai demam 3 hari tak sangka jodoh yang saya pilih rupanya tergolong dari spisies lelaki yang paling saya benci dan jijik.
Berbeza pula dengan saya sewaktu bujang saya seorang gadis kampung yang cukup mnjaga kesucian saya, tak social macam dia, pandai mengaji apa semua lah. berjubah, berniqab, itulah penampilan saya. bila fkir soal jodoh saya sllu brdoa dan Saya yakin jodoh saya ialah seorang lelaki yang suci sama seperti saya tetapi keyakinan saya meleset sama sekali. saya sering tertanya mengapa Allah menjodohkan saya dengan orang yang sangat berbeza dari saya..
Allah menguji saya dengan perkara yang paling saya takuti. Saya tak kuat ya Allah..
Mula2 tahu dulu saya ada la juga gaduh dengan dia sebab dia tipu saya..saya pun prcaya dia “suci” sebab ujian saringan hiv dia tak mengecewakan.
Saya ingat bila dah ada anak ni kemurungan saya akan reda tapi ternyata saya masih tak dapat terima dia seadanya. saya rasa down bila tengok rupa saya pd cermin. adakah dia masih ingat dan membandingkan saya dengan pelacu*2 cantik yang pernah dia langgan dlu? Bila saya trbayang ni semua saya menangis sambil memandang wajah anak kecil kami. Trfikir juga adakah saya dpt meneruskan hidup brsma dia dlm keadaan saya sering teringat kisah silamnya.Hubungan kami pun semakin hambar dan saya kurang bercakap dengannya.saya buat apa2 untuknya pun rsa mcm tak ikhlas je.
Pernah saya trfikir untuk berpisah tapi saya teringat pula kebaikan2 dia. dia menafkahi saya secukupnya. dia menjaga saya dengan baik. dia dah berubah dan tinggalkan perangai2 bujang dia.
Saya sendiri keliru dan tak tahu apa yang patut saya buat.saya tak cukup tabah untuk terus hidup dengan dia. Asyik stress dan menangis sorang2 hingga mnjejaskan fokus kpda kerjaya saya.Tapi kalau kami berpisah kasihan pula akn nasib anak yang tak bersalah. Entahlah,saya pening. Susah untuk saya hapuskan kisah silamnya dari ingatan saya.Allah shja yang maha Penolong…
Tapi saya harap kata2 padu dari makcik pakcik bwg membuatkan saya terima jodoh saya ni dengan redha..saya perlukan kekuatan Btw maaf pnjang luahan ini,tak pun mengaibkan suami sebab ni fake acc. Terima kasih admin siarkan




