assalamualaikum , saya isabella , disini saya nak mula kan part 3 , kalau pembaca belum baca yang sebelum nya boleh try cari dulu ya, risau nanti tak faham. Dalam masa seminggu saya terjumpa seorang lelaki, bukan dari sini tapi berasal dari negara Asia Tengah saya namakan dia A , A nampak saya ni dekat apps cari jodoh (saya download app ni sebelum menikah tapi lupa nak padam) , kami dm di instagram , jadi kami berjumpa di kelab malam semasa saya dengan lisa dan kawan yang lain, kami berborak , disebab kan saya masih terasa emotional , saya menceritakan semua masalah saya kepada A, A memahami keadaan saya. lalu kami bermesej seperti biasa. Q datang kembali kerumah dalam akhir minggu, Q datang dengan keadaan yang sangat marah mengatakan kenapa keluar tanpa izin aku, saya kata kau dah ceraikan aku kenapa kau nak menyibuk hal aku, dia tak boleh menjawab sebalik nya mengambil telefon saya secara paksa dan saya tak benarkan tetapi dia mencekik dan memukul kepala saya dengan tumbukkan beberapa kali.
Lisa menemani saya di apartment selepas saya di tinggalkan seorang diri menjadi saksi waktu tersebut tapi lisa terlalu takut hingga tak terfikir utk merakam atau pun mengambil gambar , kerana kudrat seorang lelaki saya terpaksa berikan phone saya dn dia call ahli keluarga saya mengata kan hal2 buruk tentang saya , dia memalu kan saya , dia juga telefon A mengatakan jgn sibuk dengan isteri orang , padahal saya bukan lg isteri dia, kenapa dia mahu menghancur kan hidup saya, dia kerap mengatakan dia takkan ganggu, saya tak percaya Q saya tukar number phone. tapi dia selalu msg saya dengan nombor lain, ugut nak cedera kan saya atau ahli keluarga kalau saya cuba2 nak lari dari dia atau ada lelaki lain.
Dia kata “kau tahu aku ni sapa, kalau kau lari aku boleh je cari kau dekat mana2, aku boleh buat kau lenyap tanpa sape tahu” , memang betul, dia kaya , dia ada title, semua dia ada , selepas dia msg macam tu, saya perasan Q hack whatsapp saya dan delete msg yang dia hantar kepada saya, jadi saya tak ada bukti langsung. saya tahu dia takkan cerai kan saya (dalam sistem), tapi kalau nak lawan pun, kawan2 yang berpangkat boleh tolong dia mcm tu je, lagi2 polis yang ada pangkat tinggi, saya buntu saya tak tahu nak buat apa ,A dengar cerita saya , dia ajak saya tinggal bersama ibu nya, kerana Q tak bayar sewa rumah, saya terima cadangan A, Q jadi gila cari saya di serata tempat selagi boleh
Di sebabkan saya kehidupan A dari mula nya ada bisnes sendiri dan pembelajaran yang baik, hancur lebur bila Q dan beberapa pegawai p0lis kawan nya datang ke university membuat kecoh mengata kan A bawa lari isteri orang , dan Q turut membuat report palsu mengatakan A mencuri barang dari apartment yang sebelum ni saya diami, mengata kan dia mendadah kan lisa, dan mer0g0l lisa, dan sebagainya , padahal A cuma dtg menolong saya utk pindah barang rumah memandang kan ketika itu Q lari tak membayar sewa rumah dan tuan rumah meminta saya kosong kan rumah dalam masa 24jam.
Dalam masa yang sama ibu saya msg saya dgn number phone lain, dia berbuat baik semua, mahu berjumpa dgn saya. rindu katanya , saya tahu ini perangkap, saya buat tak kisah, dan ibu saya curi semua wang beribu yang saya ada di dalm bank, sebab Q tahu password (terlalu percaya) dan beri kepada ibu, online transfer sebab itu saya tahu ibu yang ambil, 40 ribu pun ibu kebas, saya tak ada apa2 dah, sampai hati ibu saya mengkhianati saya, business kedai A terpaksa ditutup kerana partner A berasa kekecohan ini amat memalukan, reputasi A jatuh dan exam final A merosot, A tak boleh focus belajar utk final masa itu, A tak dapat graduate seperti yang diimpikan, ibu A amat sedih dan kesal, saya menangis dan meminta maaf kerana semua ini terjd kerana saya, mereka berkata tak mengapa semua dah terjadi, semua terjadi bersebab.
A berkata kepada saya ikut saya ke negara A , kerana “line tengah panas” di sini, jadi saya deactive semua account media social supaya Q tak dapat jumpa saya, A berkata “once we go there is no going back anymore” , dalam kami packing saya berasa sedih mengenang kan nasib saya disini. tunggu kan part terakhir dari saya, (dimana kehidupan baru saya yang susah terpaksa berjalan jauh utk survive dalam negara orang, ibu mertua yang baik tetapi tak suka saya dan A yang ego teramat sangat) terima kasih kerana sudi membaca cerita saya.




