Salam admin dan buat smua pengikut KRT ni. Sayaa nk minta pendapat dengan semua yang ada kat page ni. kisah ni bukan rekaan tau. ini btl2 kisah hidup sayaa dn saya tak tau nak buat macam mana lagi. Saya ada suami. suami saya ni sebenarnya baik dan penyayang dengan anak cuma sikap dia ni dilengkapi dengan pakej2 lain dia ni panas baran bila gaduh pandai naik tangan kaki semua lepas tu jenis ego dan tak nak mengalah. yang paling teruk adalah dialah pandai minum. makan barang. main judi yang kat telefon tu. Apa lagi yang sayaa boleh buat.
Dalam hati sayaa mau saja sayaa suru polis tangkap tapi saya tak sampai hati sebab dia sja yang ada dengan saya. saya ada keluarga tapi ibarat macam tak ada keluarga. dan saya tak bekerja. saya risau nanti saya bagi tangkap dia tak ada da orang yang tanggung kami sebab keluarga pun tak ambil kisah dan saya pun tak mau menyusahkn mereka. saya dah puas cakap nasihat dengan dia kesian kat ank2 tapi tetap juga tak jalan. kadang2 tak balik rumah lansung tak tau pi mana. bila gaduh mesti asyik kata saya bila2 jer dapat perempuan kalau sayaa nak..sakit hati sayaa kalau dia kata macmtu. seolah saya ni tak ada makna dengan dia. Tolong bg sayaa pendapat.




