Salam min, aku cuma nak tumpang tanya saja. Hai semua, saya seorang isteri. Saya belum mempunyai zuriat. Suami tak pertikai takpa. Saya nak cerita sikit. Baru ni mak saya ada datang rumah mertua saya. Yang ada time tu cuma mak saya dan mak mertua saya. Saya ada sekali dan time tu saya p dapur buat air. Sembang rancak la 2 org tu. Lepastu suami sya call cakap suruh saya datang dekat tempat kerja dia sebab motor dia problem. Waktu tu pon dah 6 lebeh. Saya nak tunggu mak saya balik saya xtau pukul berapa so saya minta izin nak pergi dekat suami dulu sebab suami suruh p segera.
Saya tinggai mak saya dan mak mertua saya sekejap. Apa yang depa sembang saya taktau. So nak dijadikan cerita, malam tu lepas mak saya balik, mak saya sms saya suruh saya balik p rumah mak saya sekejap sebab ada hal penting nak bagitahu. Saya minta izin suami dan pagi esok mak saya sendiri datang ambil saya di rumah mertua. Mak bagitahu saya yang mak mertua saya ada kata macam2 dekat saya. Saya tanya dia kata apa. Mak saya kata mak mertua saya cerita semua hal keburukkan aku semasa dok umah dia. Cakap aku ni pemalas dalam hal rumah tangga, kuat bebai, makan kuat kerja takmau. Mak mertua aku kata lagi aku ni kerja memilih sangat. Mak aku diam dan tak bantah.
Mak mertua aku cerita semua keburukkan aku masa dok dengan dia. Mak aku sendiri tak pernah nak tegur suami aku, mak aku cakap tak gamak nak tegur suami aku. Jahat @ baik dia mak aku tak ambik kisah. Mak aku malas nak masuk campur. Tapi aku tak sangka mak mertua aku tu macam tu. Depan aku baik sangat tapi belakang aku kata macam2 kat aku. Aku bangun pukoi 10 pg sebab aku tak kalut dengan anak lagipun suami aku tak banyak kerenah sangat tapi mak mertua aku dok menjaja merata pasal aku. Bangun lewat buat bagi dia malu dengan kawan2 dia.
Aku pilih untuk duduk dengan mertua sebab aku kasihan, dia dah tua dan selalu tak sihat. Tapi tak sangka balasan aku dapat macam ni. Mak aku cakap apa motif mak mertua aku cerita semua keburukkan aku kat dia. Mak aku cakap kenapa, dia nak kata mak aku tak pandai nak jaga anak. Sedih, geram, marah, benci, semua ada. Dalam hati nak saja tanya mak mertua aku tu, nak tanya kenapa dia bagitahu mak aku pasal keburukkan aku. Apa motif, nak hina mak dan ayah aku ka. Nak tanya hampa, apa patut aku buat la ni. Stay satu bumbung dengan mak mertua @ blah cari rumah lain. Naik semak dah ni. TQ min




