assalamualaikum admin tolong hide fb saya dan terima kasih tolong siarkan luahan hati saya. hanya allah yang tahu merana nya saya pendam sorang2 selama 7 tahun perkahwinan kami. Dari mula kahwin saya tinggal dengan keluaga suami sebelum kul 6 saya akan bangun mandi untuk solat dan masak time ni semua orang tak bangun lagi setiap kali time ni jugak atas bumbung mertua saya akan bunyi macam orang golek2 atas zink.. kadang2 bunyi benda terjun atas tu percayalah tu bukan binatang sebab sekeliling umah mertua saya tak ada pokok besar atau kecik.
Benda camni berlarutan sampai saya dapat anak pertama. tiap kali balik umh mertua anak saya akan menangis tiap kali kul 2 atau 3pagi anak saya akan menangis macam terkejut, sakit .tiap bulan anak saya deman kadang2 dalam sebulan 2,3 kali dia demam macam tu jugak saya yang hairannya kami jer yang selalu sakit orang kat umah mertua takde pun deman berlarutan macam saya dan anak kadang2 tak deman pun tiba anak saya kena sawan. jangan kata kami tak pergi klini, hospital check kami habis iktiar untuk nak tahu punca tapi keputusan sama saja deman biasa.
masa anak saya umur 4 tahun saya dan anak tak sihat masa ni saya ajak suami balik umah mak saya. time tu dah rasa tak sedap badan, panas, pening berserabut semua ada.. sedar2 jer saya dah ada kat perubatan islam darul syifa. suami kata saya meracau tak sedarkan diri saya meracau kata “aku lapar tak de orang nak jaga aku tuan aku dah larat nak jaga aku dan macam2 lagi”ustaz yang merawat saya bagitahu saya dan anak selalu sakit sebab ada sesuatu kat umah mertua “pelesit” benda tu hanya kacau saya dan anak jer. tapi benda tu bukan kepunyaan mertua. benda tu nenek angkat suami yang punya.
walaupun dah berubat tradisional, perubatan islam benda tu kejap jer tak kacau lepas tu masti ada balik. sampai sekarang saya dengan anak bergilir2 tak sihat tiap bulan masti kami deman. kadang2 saya menangis sorang2 bukan tak boleh hadap setiap dugaan yang datang tapi saya dah penat. terlalu penat kesian kat anak selalu sakit tak boleh tidur malm kadang2 sampai tak boleh jln tiba2. Ada sorang bom0h tu cakap dulu selagi saya dengan suami benda tu akan berterusan gangu saya dananak jer.
selama 7tahun saya tanggung semua ni kesabaran saya dah habis.. dengan keadaan anak sakit selalu ponteng sekolah lagi. saya mintak cerai dengan suami dia tak mahu saya bagi tahu dia saya akan mintak fasakh tapi saya tak ada alasan kukuh untuk mintak fasakh sebab dia suami yang baik tak pernah abaikan tanggungjawab selama kami kahwin. sampai sekarang saya tak bercakap dengan suami saya tahu saya berdosa tapi saya dah taktahan lagi dengan ganguan saka sebelah keluaga suami.




