Asslamualaikum min. Sila hide account facebook. Terima Kasih kerana sudah menyiarkan kisah hidup saya. Saya berkahwin pada tahun 2013. 6 bulan berkenalan terus dia bawa family masuk meminang. Dia ada 5 orang adik beradik perempuan. Mereka semua sudah mendirikan rumah tangga & masing2 sudah ada anak seorang. Dia kerja offshore di sebuah syarikat oil & gas manakala saya kerani di sebuah syarikat swasta.
Awal perkahwinan semua indah berlaka. Cuma saya tidak selesa tinggal sebumbung dengan family dia. Saya pernh bawa dia untuk sewa rumah tapi dia cuma cakap saya takkan menggilakn family saya sama sekali. Semua adik2 beradik dia masih tinggal dengan mak & ayah dia walaupun sudah bekeluarga.
Setiap hujung bulan dia cuma memberi nafkah duit Rm50. Rm1000 untuk mak & ayah dia & lain2 dia ada beli belanja dapur. 4bulan selepas mendirikan rumah tangga, family dia start berubah. Masak, kemas bilik cuci kain baju semua mereka serahkan pada saya atas alasan saya belum ada anak.
Bulan july 2013 saya kena demam campak bangun tak larat apa lagi nak masak dan berkemas emak dia terus bising2 kenapa tak tolong dia mandikan cucu dia tak masak apa semua. Saya explain dengan mak dia saya tak berani dekat dengan budak2 sebab nanti merebak. Terus mak dia buat muka. Dia terus call saya dari laut kenapa tidak kemas, masak & sebagainya. Ayat yang tidak dapat saya lupakan “dah lah MENYUSAHKAN” kalau macam ini bagus becerai. Saya diam terpaku. Dengan linangan air mata saya cuba gagahkan diri untuk masak & berkemas.
Dia balik emergency dari laut konon nya ada hal family. Sampai dekat rumah dia terus suruh saya susun semua baju2 saya dia nak hantar balik kampung & dia suruh saya siapakn diri utk esok failkan pencerain. Konon nya dia tidak dapt terima isteri yang tidak pandai bertanggungjawab. Allah itu ada. Dia tidak pernah tidur. Persoalan terjwab apabila dia tertinggal hp atas dressing table. Semua conversation dia dengan perempuan “tu” saya simpan. Saya kuatkan diri. Dia bukan jodoh ku.
Dipendekkan cerita selpas habis tempoh edah kad udangan perkahwinan dia menyusul.
Hidup penuh dengan aturan. Tidak mudah megang status janda. Jatuh dan bangkit itu ada. Terima cacian & makian itu lumrah kehidupan. Sampai muncul seorang lelaki yang terlalu sempurna bagi saya. Nov 2017 kami berkenalan dan menikah pada august 2018. Dia seorang duda bekerja di sektor kerjaan. Alhamdulilah, syukur ya Allah. Walaupn gaji tak sebesar mana tapi nafkah tidak lupa dia beri. Apabila dia off duty makanan memang sudah tersedia. Bilik memang sudah berkemas. Begitu juga family dia langsung tidak masuk campur hal family kami berdua. Doakan kami cepat dapat anak. Amin Ya Rabbal Al Amin & bahagia selamanya. P/s :Kalau jatuh bangkitlah. Kalau rebah jangan takut bina hidup baru. Sesungguhnya jalan yang Allah takdir kan untuk kita sungguh indah.




