Assalammualaikum admin diharap admin siarkan cerita sayaa supaya jadi pengajaran tolong jangan kecam dan di minta berikan nasihat pada saya apa nak buat. harini paling sedih dalam hidup saya segalanya berubah sekelip mata . semalam suami demam panas pagi ni saya mandikan dia jaga dia bawak ke klinik bagi makan ubat saya tinggalkan dia dan pergi amik anak sekejap di umah mak jam 4 saya balik suami dengan perempuan lain dalam kereta perempuan tu. saya kejar dengan anak2 saya tahan tepi jalan. suami turun dan tolak saya. sedangkan saya pregnant 8 bulan..
sekarang tiada yang backup saya. rupanya suami rancang nak merisik perempuan tu sabtu ini.. mak suami cakap call dengan keluarga pihak perempuan yang suami ni bujang. Ya allah gugur jantung saya.. kenapa suami dan keluarga nya tergamak buat begini. abis tu saya anak2 keluarga saya? saya dah jumpa keluarga pihak perempuan dorang memang tak tau yang suami ni dah berkawin. saya tunggu hari nak bersalin. suami dan keluarga nya buat macam ni.. keluarga pihak perempuan cakap perempuan ni memang berduit.. saya sampai hidup susah sebab abis duit kerana suami.
saya tau suami follow krt.. macam mana dengan semua kenangan semalam dia tido dengan saya dan anak. Harini dia dengan orang lain biarkan je saya macam tu sampainya hati saya mengandung anak nya.. Tak kesian pada saya ke? tak nak ke dia tengok anak yang bakal lahir ni.. saya tak salahkan pihak perempuan sebab dorang tak tau. benda dah jadi. tolonglah nasihatkan saya supaya saya boleh terus melangkah demi anak2.