Assalam min
Ni nak mengadu ni Makcik pakcik bawang bagi pendapat bernas ya. Saya dan isteri dah 8 tahun da kahwin anak da 3 da pun.
Isteri saya cantik wangi kurus tinggi ada degree dari ipta ada kerjaya mantap
Gaji pun mantap dia jaga anak jaga rumah dan jaga makan minum pakai dan battin saya pun mantap. Dia layan mak ayah adik beradik dan seluruh keluarga saya pun cemerlang Jadi apa masalahnya?
Masalahnya min pakcik makcik bawang dia tak solat. Lapan tahun da saya bersabar min doakan dia perintahkan dia agar dia solat min. Dulu dulu awal awal kahwin ada jugaklah dia solat 2 atau 3 kali sehari 3 4 tahun kebelakangan ini dia langsung tidak sentuh sejadah min
Bukannya saya tidak belikan telekung mahal mahal. Dekat 5 pasang telekung dan sejadah cantik cantik min
Tiap kali saya ajak solat dia hanya sengih saja
Heran la mak ayah dia jenis solat 5 waktu
Mak mertua pernah suruh bawak isteri saya ni berubat sebab katanya mungkin ada saka. Entah la kalau da memang jenis malas solat nak salahkan saka pula
Apa perlu saya buat? Jangan cadangkan suruh cerai atau nikah lain. Tapi kalau ada ustadzah yang boleh bimbing madunya jadi bini solehah boleh la jugak