Salam warga krt dan admin.. Aku cuma nak luahkn perasaan aku je kat sni sbb kdg2 suami aku ada baca page krt ni. DIA BKN SUAMI IDAMANKU TAPI DIA ADALAH SUAMI TERBAIK UNTUKKU..
Perkenalan kami adalah melalui adikku dan sepanjang perkenalan kami,kami hanyalah kawan. Aku tak pernah ada perasaan cinta pd suamiku. Aku berkawin kerana tidak suka dikongkong oleh ibuku dan keluargaku.
Mula2 kawin,aku tak pernah tahu apa yang dia suka dan apa yang dia tak suka sebab dia bukan suami idamanku. Pernah sekali masa awal perkhawinan,dia menyuruh aku memasak nasi untuk dia bwk bekal pergi ke tempat kerja(suami jenis yang takgemar mkn kat kedai)dan aku mengaku padanya bahawa aku tak pandai memasak. Aku masak untuknya tapi aku tak pernah ikhlas sebab aku tak suka padanya dan ibuku pernah menegur hidanganku seperti bagi makan dekat anjing!!! Aku tersentak dan malu apabila ibuku menegurku begitu wahal suamiku hanya ingin mkn mknan yang aku masakkan untukknya.
Di awal perkhawinan,aku sudah bunting pelamin. Apa yang aku mau semua dia turutkan tapi aku selalu aku menyakiti hatinya dengan keluar bersama jantan lain lepak dengan kawan2, dan banyak lg aku buat padanya. Aku cume berharap yang dia ceraikn aku selepas apa yang aku buat padanya tetapi dia tetap dgn keputusannya untuk setia bersamaku.
Sekarang dah masuk tahun yang ke 9 kami berkawin dan kami bahagia walaupun duit takbyk, duduk rumah sewa kecik dan sempit, mempunyai kereta buruk tapi aku bersyukur kerana sepanjang aku bersama dgnnya,dia takpernah ungkit kisah silamku ape yang aku buat padanya dulu..yaaa..DIA BUKAN SUAMI IDAMANKU TETAPI SUAMI TERBAIK UNTUKKU.
Aku cuma nak bagitahu yang AKU SAYANG SUAMI AKU SGT2, DIALAH SUAMI TERBAIK BUATKU padahal selama ini dia selalu tanya padaku adakah aku syang pdnya? Dengan pantas aku jawab TIDAK!! sedangkn jauh disudut hatiku yang aku syang dan cintakn dia tapi aku takut untuk luahkan padanya kerana aku takut dia tinggalkn aku buat selamanya.. Alhamdulillah,semakin lama aku kawin semakin aku jatuh hati pd suamiku sndiri..ni lah yang org tua2 dulu kata kawin dulu bru bercinta. Manis sgt rasanya. Kami jarang gaduh yang teruk2,dlm masa 1bulan tu pyh benar nak gaduh. Aku harap sgt perkhawinanku smpai ke akhir hayat..aminn




