Salam admin.. Minta hide profile saya.. Saya nak luahkan dan tanya pendapat semua, adakah saya ni k0l0t, over ataupun cemburu buta? Bini saya addict main pubg.. Pada mulanya saya izinkan dengan syarat, jaga masa, hubungan dan tingkah laku.. Makin lama addict terhadap games tu makin melampau, sampaikan pernah beberapa kali saya kecil hati gara2 saya pulang rehat di rumah sampailah saya nak masuk kerja balik, isteri saya masih bergelak ketawa main games dengan kawan2 LELAKINYA… Benda ni saya dah luahkan pada dia, dan saya dah nyatakan awal2, berkawan dalam games sahaja, tak payah bawa sampai ke laman sosi@l fb dsb…
Namun, beberapa kali dsaat isteri saya tidur, dalam hp nya mendpat pm dsripada kawan2 lelaki dia “jom on” katanya… Saya masih bersangka baik… Saya tegur dengan baik lagi.. Saya nyatakan pada dia, saya tak suka.. Tapi isteri saya menafikan… Lama kelamaan, saya lihat kawan2 menjadi makin berani, tinggalkan komen pada gambar2 isteri saya d fb.. Saya masih boleh bersabar. bila isteri saya post gambar yang tiada wajahnya, atau bersama anak2, atau bersama saya, tak pula kawan2 dia komen… Kata kata komen pun boleh mendtgkan fitnah andai dibaca oleh orang luar contohnya “isteri saya post pasal takde line, kawan nya komen alaaa harap ade laaa line”. Contoh lg, komen2, “mengajak isteri saya jom2”. Lagi, komen “minggu depan nak balik dah”..
Oleh kerana benda ini saya merasa malu Saya masih lagi cuba berfikir positif ok mereka hanya kawan2 games tapi bila saya add kawan2 dia semua tak approve sampai sudah.. Nak berkawan dengan bini orang, berkwan la dengan laki nya sekali… Kan.. Benda ni terbawak2 sampai la ke private messenger isteri saya d tengah2 malam. kawan2 dia chat, jom la, ape laaa… Saya amat marah kerana saya dah tegur, tapi isteri saya masih tak ambil kisah.. Marah saya yang teramat sampai saya tak tahan dan keluarkan kata kata kesat terhadap isteri..
Bila saya bercakap elok2 dengan dia, kenapa saya suruh dia unfriend dengan kawan2 lelaki tu, dia boleh tanya saya adakah saya layak tegur dia sebab saya ni jenis susah nak solat.. Adakah kerana ini saya ni sebgai seorang suami takberhak tegur isteri saya sendiri? Dan adakah betul apa yang isteri saya pertahankan, katanya, dalam agama, tak larang isteri orang berkawan dengan mana mana lelaki, asalkan dia tahu jaga batas, walaupun suami dia sendiri tak suka?