Salam. Dugaan itu Allah turunkan pada insan yang terpilih. Itulah ayat yang aku selalu dendangkan pada diri ini. Isteri aku disahkan ada kannser 0vari tahap dua. Baru disahkan beberapa minggu ni. Aku tak pernah mengeluh aku sentiasa cuba bagi semangat pada isteri.. tapi kenapa orang luar yang sibuk masuk campur? Termasuk ibu aku sendiri. Ye ibu tak pernah terima isteri aku sebagai menantu. Aku jatuh kan ego aku sebagai anak, aku cuba menangi hati ibu tapi hati ibu keras.
Tak pernah terima isteri. Isteri aku sekarang tengah menjalani kim0terapi. Baru lepas 2 cycle. Waktu hari raya, kami ada balik rumah ibu, tentu-tentu isteri tak boleh buat kerja rumah sebab baru habis kim0, benda dijadikan isu, dengan tubuh isteri yang makin kurus, rambut gugur, mata cenkung. Tapi, bagi aku, isteri aku masih secantik bidadari. Kenapa orang tak pernah ambil tahu pasal kami tiba-tiba masuk campur? Mak sedara aku sibuk nak kenalkan anaknya pada aku untuk dijadikan isteri kalau apa-apa terjadi pada isteri. Allah. kenapa kejam sangat.
Isteri aku selama ni sangat menjaga tutur kata tiba-tiba naik angin pada ibu sehari sebelum kami balik rumah keluarga isteri. Isteri aku tinggi suara, kata sebab ibulah dia tak dapat menjadi seorang emak lagi sebab ibu tolak isteri sampai kegugguran. Masa ibu dan kakak tahu pasal ni mereka cuba kenalkan aku dengan perempuan lain sungguh semua terkedu termasuk aku dapat aku rasakan aku ini lelaki dayus yang tak mampu baikkan antara isteri ibu dan kakak. Lepas kejadian tu, ayah minta aku cepat-cepat keluar dari rumah, bukan niat menghalau tapi tak mahu pergaduhan makin besar.
Aku dah cuba macam-macam, bawa ibu masa isteri buat kim0 dengan harapan hati ibu akan lembut tapi. Aku mahu habiskan masa tua dengan bidadari aku. Biarlah orang nak kata apa.. aku makin menjauh dengan keluarga aku sendiri, aku dah tukar no. phone, tiada media s0cial yang aktif, aku menyerah.. aku cuba ambil nasihat yang mana bagi aku positif tapi tetap tak ubah apa-apa. Malahan isteri dikatakan cuba b0m0hkan aku.
Biarlah masa yang tentukan, aku alhamdulillah sudah dapat kerja baru, kerja yang mana keluarga aku tak tahu kat mana, aku cuma mahu kesihatan bidadari aku baik, untuk bidadari aku, jangan menyerah pada kesakitan, saya tetap ada dengan awak. Kita sama-sama lawan penyakit ni dan tentu saja awaklah bidadari yang tercantik dalam hidup saya. Semoga kanser isteri akan cepat sembuh. Aamiin.
Salam admin. Terima kasih sebab sentiasa post luahan saya. Ini mungkin kali terakhir dah kot. Alhamdulillah terima kasih pada yang mendoakan kesejahteraan isteri. Mungkin sudah tertulis jodoh dan umur isteri takat ini saja. Isteri saya sudah kembali kepada penciptaNya 2 hari lepas. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan masa kim0nya ke-6 arwah isteri tak sedarkan diri sehingga terpaksa pakai tangki oksigen 100%.
Tapi aku bersyukur sebab di setiap saat hayatnya aku sempat bagi sedikit semangat dan sentiasa berada di sisinya.
Aku redha dah sekarang. Ibu dan kakak aku juga ada datang melawat hmmm.. apa yang nak dikata, semua dah tertulis dan arwah ada tinggal pesan. Katanya dia maafkan segala perbuatan ibu aku. Arwah sempat bergurau katanya lepas dia tak ada nanti, nak aku kahwin lain.
Wahai bidadari kesayangan Abang, mana mungkin ada orang dapat gantikan sayang. Allah, Allah, walau berat dugaan ni, aku tahu aku mampu. Masa ibu menatap wajah arwah isteri, jatuh juga air mata dia. Tak guna menyesal bila dah berlaku. Tidurlah wahai bidadari ku, tunggu Abang nanti di syurga ye inshaallah. Terima kasih admin dan warga KRT. Alfatihah untuk arwah isteri.




