Assalamualaikum.. Trima kasih admin jika siarkan confessionh saya ni. Yes, tajuk saya “tak suka budak. Cliche sangat, dan untuk pengetahuan semua, ni merupakan masalah yang sangat besar bagi saya. Tak suka budak ni, bukannya bermaksud saya tak nak ada anak. Saya seorang ibu kepada seorang putera yang berumur 3 tahun dan saya sangat menyayangi anak saya. Yang menjadi masalah saya, saya tak suka anak orang lain. Saya seorang suri ruma yang paran0id pada pengasuh.
Perkara ni paling ketara terjadi ketika saya baru berpindah ke kejiranan baru Masa tu anak saya berumur 6 bulan Masa tu jiran datang bawak anak dia umur 4 tahun. Yang buat saya tak senang, anak dia datang terus masuk bilik saya, lompat2 atas tilam. Lepas tu sepahkan bilik stor. Siap bukak peti sejuk. Saya kan masa urgh geram sangat. Mak dia just kata jangan buat . Tapi tiada tindakan lain. Masa tu saya dah start stress. Keesokkan haritu, budak tu datang lagi ketuk2 pintu. Saya memang diam je tak bukak. Bila dh selalu dia ketuk pintu saya tak bukak, last2 budak tu dah tak datang. Saya pun dah tawar hati nak bermesra dengan jiran. Nanti dah mesra anak dia plak datang buat sepah. It’s end up saya tak bukak tingkap pintu, dah macam hidup dalam gua. Semata2 nak lari dari budak tu.
2 tahun hidup macam tu, saya pindah ke apartment kerjaan. Kebetulan depan apartment saya tu ada anak umur 5 tahun. Sepanjang pindah kt sana, memang saya tak tegur pun budak tu. Budak tu selalu tengok saya nak suruh tegur, saya malas nak layan. Sebab budak, kalau kita buat baik, memang nanti sampai dalam rumah lah dia masuk. Memang saya cekalkan hati buat tak nampak. Memang saya tak suka budak. Masa tu memang aman damai tenteram je hdup. Hinggalah one day, saya bawak anak saya yang dah nak masuk umur 3 tahun main kat taman dekat dengan rumah saya ni. Sekalai budak depan rumah ni pun ada.
Anak saya plak jenis suka berkawan, dia bermain dengan budak tu. Masa tu budak tu dengan kakak dia yang darjah 3 . Bila saya nak balik, budak tu ikut smpai kt depan rumah. Masa tu saya dah tak tenang, macam dh boleh ramal apa yang akan berlaku esok. Keesokka harinya, budak tu ketuk2 pintu rumah saya, nak ajak anak saya main. Saya buat tak dengar je. Last2 tak tahan sebab macam nak roboh pintu rumah. Bila saya bukak, saya bgtau anak saya tak nak main. Tapi dia macam tak faham. Dia tanya kenapa tak nak main, macam2 dia tanya. Saya dh takde ayat, saya bgtau anak saya nak tido. Lepas tu dia pun balik. Tak lama lepas tu dia dengar suara anak saya gelak2 dalam rumah, dia datang lagi.
Ya Allah tlglah tensionnya saya. Saya memang sangat tak suka budak2 dtg rumah macam tu. Memang maslaah besar bagi saya. Tlglah bg cdengan saya nak buat apa, nak bgtau apa biar budak tu tak datang lagi. Anak saya baru berumur 3 thn dan saya rasa masa belum sesuai nak main dengan budak lain. Biar main dengan saya je dlu dalam rumah. Dengan kawan2 taska lain, sebab jumpa kejap2 je. Ni kalau kwan kt rumah, takkenal masa asayaik datang je. Saya jenis suka berkurung dalam rumah, tak suka bergaul, dan tak suka budak datang rumah. Sebab kadang2 budak memang sangat menjengkelkan. Please saya tension.
saya tiada masalah dengan anak2 saudara saya sebab mereka well behaved and sejenis yang dengar kata. kalau anak orang kita dah suruh balik rumah pun , jenis takdengar. lepas tu berebut2 mainan dengan anak saya. saya taksuka. sangat benci dan tak suka budak lain yang jenis suka rebut mainan anak saya.




