Assalamualaikum warga krt. Tolong hide fb ni ye.aku ada masalah dengan isteri aku. Isteri aku sekarang ni macam dah tawar hati dengan aku. Sebab dia mula bulan 12 tahun lepas.Aku kerja sebagai cikgu.bini aku pulak suri rumah. dia baik sangat dengan aku. sampailah aku kantoi curang dengan dia. tapi aku tak pernah trlanjur pon dengan perempuan tu. bini aku tak marah2 tapi dia jadi senyap. dia dah tak ceria macam dulu.
Bila aku minta nak bersama dia okay je tapi aku rasa macam bersama dengan patung sebab langsung takda respon dia siap cakap dia izinkan kalau aku nak kawin lain. Lepas kantoi aku terus tak berhubung lagi dengan perempuan tu.lepas tu dalam bulan 1 aku dapat tahu bini aku mengandung.tu pon sebab aku ternampak dia muntah2.dia kata dah 2 bulan.aku marah jugak sebab dia tak bagtahu aku.dia kata dia ingat aku tak nak tahu. Bini aku muda lagi. Tahun ni baru 23. Kami tak bercinta tapi aku memang dah lama suka dia. lepas je dia habis diploma aku dapat tahu dia dapat sambung blaja kat luar negara. aku pon cepat2 la msuk meminang sebab taknak dia pergi.
Berkat mak mentua yang memang sukakan aku dalam 2 minggu terus la aku dapat bini aku ni. aku tahu bini aku taknak tapi sebab mak dia setuju. Tapi yang sedihnya bulan 3 hari tu aku nampak dia isi upu untuk sambung belajar. Aku nampak jugak dia mohon balik universiti luar negara. Dia cakap lepas je dia beranak dia nak aku ceraikan dia. dia bagi aku anak dan dia janji takkan cari aku dan anak lagi. aku taknak ceraikan dia. aku sayang dia. Aku takut dia tinggalkan aku.




