Assalamualaikum admin. Pls hide profile saya. Saya umur 26 tahun, bekerja sbgai doktor. Suami umur 26 bekerja sbgai jurutera. Anak seorang, perempuan 1 tahun 3 bulan. Saya bekerja shift 12 jam sehari. Kalau oncall, lebih 24 jam di hospital. Suami jurutera projek. Bekerja lebih dari 14 jam setiap hari. Saya melihat kesibukan suami, sama seperti kesibukan saya. Kami terlalu sibuk. Stiap hri saya akan cuba carik masa untuk layan anak.
Saya sebenarnya baru masuk kerja sebulan lebih. Sebelum ni saya delay kemasukan. Saya jaga anak. Saya melihat dia membesar tanpa gajet. Dia tak pernah tengok video dsbgainya. Memang masa anak saya dipenuhi bermain. Saya masakkan untuk dia no salt no sugar. Saya join group happy baby food. Saya bagi 100% kat dia. Lepas saya masuk kerja, semuanya berubah. Dgn kerja rumah yang banyak. saya tak boleh salahkan suami dia kerja di tapak pembinaan turun naik tangga 8 tingkat setiap hari sekurangnya saya ada lif di hospital dia sangat penat. Baju nak hantar dobi pun takbrani sbb entah apa bakteria saya bawak dari hospital. Masak, mengemas.
Anak saya mula tengok video di rumah nenek. Anak saya dihantar ke playangroup 8-4. Nanti pukul 4 makcik dia ambil dari playangroup. Makcik and nenek jaga. Tapii dia dah mula kurang main sebab asyik dilarang itu ini. Masa saya jaga dia dulu, saya mmg support dia main, memanjat. Saya join banyak kelas parenting. Saya nak yang terbaik untuk dia. Tapi tu dulu. Sekarang saya berbolak balik. Saya rindu nak jaga dia. Dia seolah membesar tanpa mak ayah. Kalau terjaga je dia dapat tengok muka saya. Kebanyakan masa saya balik dan pergi kerja dia tidur. Dia fully breastfeed.
Patut atau tak saya berhenti? Perjalanan nak jdi doktor ni bukan mudah. Sayang kalau saya lepaskan. Housemanship 2 tahun. Kemudian saya nak masuk klinik kesihatan. Tapi 2 tahun dia akan hidup umpama tak punya mak ayah. Makan fast food kat rumah nenek. Maafkan ibu bukan ibu terbaik untuk kamu sayang. Ibu jaga anak orang lain tapi anak ibu makan pakai terabai. Hubungan saya dan suami bukan masalah utama sebab kami sama sama sibuk. Saya lebih bimbangkan pembesaran anak. Tolonglah bgi pendapat. Saya sudah istikharah tapii masih buntu.




