salam admin. tolong post kisah saya tapi jangan dedahkan nama saya. saya telah berkahwin dengan wanita pilihan sudah 5tahun. perkahwinan kami tiada masalah. semua ok. cuma saya masih tidak dapat lupakan bekas tunang saya yg saya kenal dari zaman universiti. kitorang kawan dekat 6 tahun dan lepas start keje terus bertunang. tapi terpaksa putus atas desakan keluarga. sebelum bertunang ibu saya letakkan syarat kalau nak kawin, dia kene ikot tinggal dengan saya di negeri saya (dia org utara).
mula2 dia setuju tapi takde la macam setuju sangat. macam terpaksa la juga sebab sayangkan saya. lepas 3,4 bulan bertunang dia buat keputusan taknak tinggal dengan saya. antara sebabnya adalah dia tak reti ckp bahasa negeri saya, katanya tempat saya banyak sampah, lelaki malas (perempuan je yg bekerja). memang pelik kan? dia tak negeri saya tapi dia suka saya. itulah yg dia ckp tapi saya rasa dia pun tak sanggup berjauhan dengan keluarga dia dan dia cuma bg alasan saja.
mula2 saya tak bgtau ibu saya. saya cuba pujuk bekas tunang saya dulu tapi tak berjaya. keluarga dia pun taknak dia tinggal kat dengan saya sebab jauh nak dtg. sebab isu ni kitorang selalu bergaduh. saya tau dia pun tersepit juga. takkan la dia nak belakangkan parents dia. lepas 2 bulan macam ni saya pun cakap kat ibu saya. ibu saya marahkan saya sebab tipu dia. sejak tu, hampir tiap2 hari ibu saya membebel pasal hal ni.
Sampai satu tahap,saya jadi serabut dan suruh ibu saya putuskan pertunangan. dengan pantas ibu saya suruh ayah saya call parents bekas tunang saya untuk putuskan pertunangan. saya rasa macam tak percaya semua tu berlaku. hubungan terbina selama 6 tahun putus pada saat tu. Mungkin silap saya juga sebab buat keputusan tergesa gesa. Atau saya patut pujuk ibu saya untuk kerja di luar negeri (saya pernah try pujuk ibu, belum abis ayat lagi dah kene fire maklumlah saya anak tunggal).
Apapun keluarga perempuan terima keputusan tu dengan baik. Keluarga bekas tunang saya mmg org yg baik2, percakapan pun lembut. Ibu saya la org paling gembira lepas saya putus sebab dia nak menantu org sama negeri. Saya agak marah dengan ibu jadi saya letakkan syarat, kalau nak saya putus, ibu saya kene carikan calon untuk saya dalam masa 2 minggu. Berbalik pada bekas tunang saya, dia terus tak contact saya lepas tu. Saya ada call untuk mintak maaf.
Lepas 2 minggu macam tu baru dia ada msg. Dia marah, dia ckp saya patut bersabar n terus pujuk dia. Mana tau hati dia berubah untuk tinggal dengan saya. Perempuan ni mmg pelik kan? Mula2 mat*2 dia taknak datang sini. dah beratus kali saya pujuk (untuk pengetahuan semua, proses ni bukan berlaku dlm sehari, dlm 3 bulan juga la). 5 bulan lepas tu, pada mlm saya nak akad nikah dia ada call. Dia suruh saya lari bersama dia. Dia ckp dia masih sayangkan saya lagi. Cuba bayangkan perasaan saya ketika tu(nak akad nikah lagi setengah jam).
yup! Saya masih sayangkan dia tipu la kenal 6 tahun boleh lupa macam tu je dia dah start menangis saya pun cuba menahan air mata sambil tenangkan dia. sayang macam mana pun kalau dah tiada jodoh takkan dpt bersama juga. Allah dah tetapkan jodoh kita, jodoh awk bukan dengan saya. Kitorg berpisah bukan sudah tiada perasaan cinta.
Dah 5tahun berlalu dan saya bahagia dengan isteri saya sekarang, tapi saya masih tak dpt lupakan dia. Mungkin sampai akhir hayat saya takkan dapat lupakan dia. Apepun saya tak pernah cuba contact dia. Dia pun tak pernah contact saya lepas saya kawin. Adala skali skala stalk fb dia(guna akaun lain sebab dah block) hahaha. Tapi tak pernah msg. Semoga bertemu kebahagiaan.