aku suami yang alpha. assalamualaikum sebelum ak memulakan cerita aku, Dan sesungguhnya aku memang sudah bersiap sedia dari segi fizikal dan mental dimaki di cemuh dan dibawang2kan lebih2 lagi dari kaum2 bawang yang ada dalam group ni.. sebab noktahnya ya aku memang b0doh dan layak untuk dicemuh. sekarang aku faham dah makna lelaki ni benda depan mata dia tak perna nak rasa bersyukur dan hargai tapi bila dah tak ade baru nak rewind satu satu pengorbanan wife tu.
Aku berkahwin dengan isteri aku sudah hampir tahun ke 5 kami dkurniakan 2 orang zuriat sorang 4 tahun sorang 2 tahun, aku bkerja gov badan beruniform, tahula keja gov ni taklah besar mana pun boleh lah budjet2 cukup makan kami anak beranak, tapi dah nama keje macam kami ni cnfim betine lekat macam pisang goreng panas. walaupun dari segi muka aku ni ala kadar je kalau keje kilang aku rasa mana ade perempuan nak kat aku, keje gov ni boleh la tukar betine macam tukar baju. padahal hakikatnya kami ni nothing tnpa wife dan anak kami.
Aku dulu masa bujang nakal gila, sebut je apa kaki aku tak buat, (tolak dadah aku tak mendadah, jangan salahkan mak kayah aka mak ayah aku ajar aku cukup didikan agama aku je setan dorang tak tau pun anak dorang setan sebab dorang tinggal kat seberang aku kat negeri rantau orang) aku kaki perempuan kaki club malam kaki judi ambik duit har*m, Then aku kenal wife aku (kenal tak lama terus aku pinang masa tu dia tak tahu yang aku kawin dengan dia guna duit loan) masa tu benda paling jahat aku buat ak tinggal kan ex gf aku masa tu kami da dekat 6 tahun kapel untuk wife aku.
Aku tingalkan macam tu je, exgf aku tu pun dah berapa kali kantoi curang dengan aku, oleh sebab masa tu aku rasa no choices muka ex ak tu pun ala alaa jugak takpela aku terima dan maafkan sebab aku pun bekali2 kantoi curang gak (ex ak tu janda anak 1 tak ade laki so korang faham2 la memang sure la ak bila2 masa boleh dapat makan kenduri free) tapi lama lama aku bosan dan nak kawin, aku pandai plak pikir masa tu nak berubah tak nak dah hdup terpesong, so ak pilih bini aku. masa tu aku tak sangka pun wife aku lah berlian paling bernilai dalam hdup aku selepas mak ayah aku.
Dipendekkan cerita yang tak berapa pendek ni, aku kenal wife aku tak smpai sebulan wife aku muka boleh tahan cun jugak bertudung masa tu hijabnista jugak la wife ak ni. aku tak aspect yang dia ni masi dare (masa tu ak tak kisah pun tentang dare ke tak aku nak kawin sangat dengan dia sebab asal usul dia keluarga baik2 memang boleh buat bini, aku ingat lagi lepas malam pertama kami gile ak menangis2 sujud syukur sebab allah bagi aku isteri masi anak dare sedangkan aku ni tak layak pun dpat perempuan suci) akhirnya aku datang meminang dia.
Lepastu semingu sebelum kawin aku kantoi pulak ade fon lain (aku masa tu memang dah nak hapuskan fon tu cuma sy*itan bisik ala nanti la tunggu esok nak nikah barulah patahkan simcad ni) tu aku tak tahu macam mana dia boleh rasa aku ada fon lain dia boleh datang naik masuk rumah bujang aku pastu geledah ruma aku then jumpa fon aku lagi 1, ah siappp masa tu memang kantoi semua dah selama ni yang dia tau aku ni pijak semut tak matti depan dia dan family dia, yang bod0hnya aku letak password sama dengan fon aku yang 1 biasa aku dengan dia, bila aku tanya dia macam mana tahu? dia jawab sebab instinct dia kuat cakap aku ada fon lain, then tak ape mase tu dia maafkan aku lagi dia kata tak ape allah temukan kita bukan suka suka tau awak, mgkin sebab allah nak awk berubah..
Kantoi min ko bayangkan kantoi aku kaki betine chat luc*h dengan betine sana sini main judi sana sini. chat ak dengan ex ak semua dia baca ko bayangkan macam mana hati dia tak hancur? yela insan yang dia nak jadi kan suami. masa tu ak tak fikir ape dah aku memang nangis sampai tahap nak bunuh diri yela tak jadi kawin weyy masa tu ak memang sayang gila da dekat wife ak yela nak buat bini kan. gila tak sayang. dah la dia tak perna curang pun. jaga gile maruah dia.
Alhamdulillah awal perkahwinan aku tinggal semua aku tak merokok dah ak keje makin kuat keluar je anak kami yang 1st makin aku sayang kat bini aku. aku tak bagi dia keje. Aky kan keje on off masa off aky pergi bt freelance photographer then aku dapat kumpul duit smpai 8k dalam masa 4 bulan ko bayangkan. masa tu bini aku nak apa aku bagi je. aku menaip sekarang pun sambil senyum2 bila ingat2 balik detik2 bahagia kami dulu. setiap petang kami pergi park bawak anak sama2 kami bahagia sangat..
tapi semua tu tak kekal lama. Betul syaitaan lah makhluk Allah yang tak pernah putus asa dan termasuk keb0dohan aku sendiri lah aku boleh hanyut start umur anak aku 2 tahun lebih tak silap aku start buat hal, aku start berjudi balik, masa tu aky gunakan duit photographer aku berjudi, pastu bod0 aku, aku berchat dengan kawan 1 tempat keje aku,(janda), tapi bende tu tak lama dan belum sempat kantoi. pastu bermula la fasa kami susah semula, betol kata pepatah bila kita sakiti hati isteri kita dan tipu rezeki jd tak berkat. masa tu niaga aku jadi slow kawan tapu job pastu duit gaji rasa tak cukup.
wife aku mintak izin nak berniaga pnjam duit mak ayah dia nak berniaga bukak gerai (dia take over gerai orang siam jual nasik kukus) masa tu jualan wife aku laku keras (wife aku pndai masak sebut je menu masakan kampung semua dia pandai dan rajin pembersih giler sampai kadang aku rimas dia kuat bebel sebab ak terkotor rumah sikit jedia ble dpt 1k sehari atau lebih. masa tu aku nampak kesungguhann wife aku subuh lagi da bangun buat grab (dia hantar pekeje kilang kebetulan gerai dia bersebelahan dengan kilang kasut) pastu aku mula2 bantu2 gak die pastu lama lama aku jadi leka ak boleh plak bermain cinta dengan minah rempit (wife ak kenal pmpuan tu budak umo 19 tahun wife ak selalu hntr ambik die keje dia byr grab dengan wife aku)
budak tu aku mula2 tanak layan lelama macam mengeletis pulak dia lak cakap rindu sayang dengan aku, byangkan budak tu sekampung dengan wife aku, aku memang da tau budak ni teruk senang cite kalau kete “totallost” sebab dah berapa kali mengugurkan pena main dengan bangla dekat kilang tempat die keje, perna ada skandal dengan pakcik dia sndiri, masa tu ak rasa hanyut terbuai2 yela wife ak bz, subuh da keluar pstu mlm baru smpai rumah, masa wife ak tengah busy kat gerai dia aku lak jd setan main whtsap chat2 luc*h dengan betina tu pastu send2 gamba tak senonoh kt rumah duk bekankang dpn tv,(part ni ak tau korang da nak stat maki hamun ak ok silakan) smpai sekarang aku tak le nak maafkan diri aku mcm mana ak boleh biarkan wife ak dulu masa tengah sarat mgandung anak ke dua kami keje smpailah smpai melahirkan semua bende dia bt sndiri.
kemuncaknya, wife aku dapat tau semua, dia rasa lain macam bila aku beriya2 nak hantar budak tu pergi keje kononnye alasan aku kesian tengok dia letih lepastu dia kata cara aku pandang budak tu lain macam, (ak tak pernah terlanjur dengan budak tu cuma kami penah pegang2 tangan dan pegang2 bese tu je ) sumpah demi allah aku tak tipu. untuk pegetahuan (part ni silakan maki aku lagi) aku dulu kadang pena tak sentuh wife aku dekat 3 bulan sebab ak lebih suka layan onan* dengan betine tu dalam fon, mula2 dulu wife aku ade gak berlapik2 tanya kenapa macm da lama tak sayangkan dia pastu dia rindu nak di belai dan di sayang alasan aku letih, Allah bod0hnya aku da la nafkah zahir aku stat dah bekira, aky tak perna bagi nafkah ke dia,pastu batin pun ak tak jalankan.
Semua benda dia nak dia beli sndiri, aku cuma hulur beli pampers susu anak je, dan bayar bil2 rumah, yang lain semua dia urus sndiri termasuk lah barang dapur semua dia yang beli. Aku start da naik kepala bila aku jumpa buku saving wife aku rupa2nya selama ni dia menyimpan dia nak beli insurances untuk anak kami pastu nak beli rumah masa tu kepala otak aku tak ade lain da memang aku da tak ade hulur dia duit pun tapi bile betine tu nak topup ak bagi bod0hnye, akhirnya kantoi gak bila ada orang smpaikan kat wife aku yang ada nampak aku dengan betine tu tgk wayang, wife aku sndiri jumpa betine tu n bod0hnye betine tu mgaku tentabg hubungan kami dan kalau boleh nak kawin dengan aku (bod0 ke ape aku nak tinglakan wife dan anak ak sebab kau?) pastu siap tnjuk semua mesej2 kami.
masa tu ak memang da hilang arah memang mampus aku mampus bukan sekali aku sakitkan hati dia, pastu dia balik rumah dia menangis sambil dukung anak aku, anak aku yang pertama nangis gak seolah2 faham dia kemas pakaian dia masa tu aku tak tahu nak cakap macam mana dah dia lempang aku bepuluh2 kali min masa tu ak ego, dia jerit2 nak cerai, tak ape ak pun lafazkanlah aku ceraikan kau malam ni, aku tak ingat dah wife ak cakap apa masa tu cuma yang aku ingat ayat ter akhir dia dia kata “abang..terima kasih, lepas ni abang boleh je kahwin dan punya isteri, tapi abang dah tak kan jumpa cinta macam saya lagi, terima kasih untuk 5 tahun ni terima kasih sebab biarkan saya berdikari anak anak di bawah hak pnjagaan saya saya tak kan minta sesen pun nafkah”pastu dia blah. (2bulan sebelum kami bercerai dia ada beli kereta toyota hilux second hand guna duit simpanan dia untuk memudahkan uruskan keje dia)
malam aku terlafaz cerai tu. masa tu betul2 ak rasa kosong, aku rasa diri aku macam ada dalam 1 tempat yang tak ade 1 manusia pun, aku tengok mainan anak aku, aku tengok kain baju bini aku yang ada tertinggal, aku tengok baju yang selalu dia pakai keje, aku ambil aku cium aku menangis semahu mahu hati aku, mcm aku menangisi orang yang dah tak ade kat muka bumi ni, aku terbyang wife aku tak pernah curang walaupun wife aku anak dah dua tapi wife aku cantik ade je pelanggan minat kat wife ak (no fon wife ak ada tertera kat baner gerai dia) tapi stiap kali dia kena chat nakal mesti dia siap gelak send screenshot kat aku, b0dohnya aku? nak kejar betine yang da beribu lelaki sentuh, sedabgkan wife aku? cuma aku sorang je, malam tu btl2 ak rasa aku bod0, paginye ak jumpa betine tu aku maki hamun aku lempang muka betine tu sebab hancurkan rumah tangga aku ( ye ak bodo sape suru ak layan, tapi boleh je kalau dia tak mgaku sedangkan dia sendiri cakap hubungan kami cuma skandal)
Sekarang aku tengah tunggu keputusan mahkamah wife aku dah betul2 nekad nak bercerai, dia da tukar no fon. Tinggal kat rumah mak ayah dia. aku memang takkan ceraikan wife aku, aku selalu lalu depan gerai dia aku nmpk dia melayan pelanggan dia hantar makanan, aku rasa rindu dan sayang yang paling dalam rasa sayang yang tak perna aky rasa dengan mana mana makluk. Rasa rindu yang tak perna aku rasa dari kami sebelum kawin hdup aku betul2 kosong, betapa besarnya pengorbanan wife aku sebelum ni. aku tak boleh bayangkan wife aku rapat dengan orang lain ak tak boleh bayangkan anak anak aku berbapakan orang lain.
wife aku memang keras kepala tapi dia baik. dia tak pna menyakiti hati aku macam ex2 aku sebelum ni. tak pernah curang dan tahu menjaga batas2 agama. bertapa b0donya abang sayang. walau apa pun yang terjadi abang tak kan lepaskan sayang tak kan lepaskan sayang. Abang tau sayang baca semua ni maafkan abang sayang. kita bina balik mhligai rumah tangga kite sayang. kesian anak2 kita. mereke tak salah apa2 semua punca bod0hnya dari abang sayang. sekarang family aku pun dah buang aku benci dengan aku aku hidup sebatang kara betul2 ak rasa hidup aku kosong tak ade wife n anak aku. jadi kpd suami suami yang skrg ni ada skandal dan curang di luar sana jdkan cerita ak sbgai pgjrn. isteri kta memang btl di dpn mata kita kta nmpk dia dah tak lawa tapi kat mata org lain dia masih cantik. korg boleh byangkan tak anak anak korg berbapakan org lain? aku sayangkn isteri anak aku weyy. K.j




