Salam warga krt.
Cari kebahagian dan kesempurna itu bukan mudah. Tak semua antara kita bernasib baik dalam memcari pasangan.
Saya wanita yang malang. 3 perkhawinan yang menyakitkan.
Suami Pertama: hanya pertahan 2 tahun. ex suami kaki pukul.malas bekerja.panas barang.cuai dalam segala tangunjawap.di usia terlalu muda saya yang tidak ada pelajar kerana lahir dari keluarga susah pertaruhankan hidup dalam perkhawinan. akhirnya saya d tinggalkan gantung tak bertali hampir 4tahun. saya mohon cerai secara tahliq.
Suami Kedua. Bujang .baik dari segi tangunjawap tapi bersikap kejam pada anak saya.selalu bergaduh atas perkara2 kecil hingga selalu memaki dan ungkit status saya yang di kutip seorang janda beranak 1. kerana tidak tahu mana mahu bawa luka dihati saya pertahan bersama dia saya ada seorang anak juga.takut anak ini terima nasib seperti anak pertama. saya sabar lalui ujian hidup bersama dia.20th akhirnya jodoh ini berakhir.kerana habis sudah kesabaran dihati.kebaikan tak penah d hargai.hanya di hina sepanjang hidup kerana aku seorang janda
Suami Ketiga. Tak tahu kenapa aku hanya perlukan kasih sayang dan rasa kebahagia sebenar rumahtangga aku terima dia seadanya sama2 melalui ujian hidup yang penuh kesusahan. dia seorang yang baik tapi ego dan panas baran.payah terima. Teguran pasti akan meningi suara.tak boleh ada sikit kesilapan mudah naik angin tapi tidaklah sampai naik tangan. dia melayan aku dan anak2 dengan baik.walau kehidupan serba kekurangan. ada masa hati ini selalu kecil hati dengan sikapnya.melihat apa bila dia berwajah dan besikap gembira bila bersama keluarganya.tapi bila bersama aku. kadang2 sehari hanya 1 2 patah perkataan yang kami bercakap. aku harus terus bersabar harus sedar tak akan ada kebahagian dan kesempurnaan dalam rumahtangga. watak di novel dan drama hanyalah kyalan penciptanya.sedangkan realitinya. tak seindah yang d gambarkan. moga aku akan kuat dan tabah hingga menanti akhir usia ku.




